Tanda-Tanda Anda Menyembunyikan Status Kewangan Dari Pasangan Demi Kepentingan Diri Sendiri.

 

Kejujuran adalah perkara yang sangat penting dalam perhubungan yang dibina. Tidak kiralah ketika itu hubungan anda sekadar hubungan cinta ataupun hubungan suami isteri, kedua-duanya memerlukan kejujuran. Mana tidaknya, tanpa kejujuran, hubungan yang dibina itu tidak akan bertahan lama.

Perkara yang menjadi masalah adalah, tidak semua orang boleh berlaku jujur terhadap hubungan mereka. Dan perkara yang paling sukar untuk jujur adalah melibatkan kewangan diri sendiri. Anda perlu tahu, pembohongan yang melibatkan kewangan ini boleh menjadi salah satu faktor kemusnahan hubungan. Bahkan, ada kajian menunjukkan bahawa masalah kewangan adalah punca utama penceraian.

Jadi nak tahu anda jujur mengenai kewangan terhadap pasangan anda atau tidak? Mari lihat tanda-tanda ini.



1. Menyembunyikan pendapatan sebenar anda.

Hanya untuk kepentingan diri anda sendiri, maka anda memilih untuk menipu pasangan anda mengenai gaji sebenar anda. Dengan alasan anda tidak mahu dirinya mengambil kesempatan ke atas anda, sedangkan anda ingin menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Malah perbuatan ini dilakukan bukan untuk anda simpan tetapi untuk hiburan peribadi anda.

2. Menyimpan rahsia hutang yang telah anda lakukan.

Setiap orang pasti mempunyai hutang mereka yang tersendiri, tetapi apabila terlibat dalam hubungan anda perlu kongsikan perkara tersebut. Ini untuk mengelakkan pasangan anda meragui anda malah mengelakkan pergaduhan berlaku di antara kalian. Jika berlaku jujur dengan pasangan anda, maka segala hutang lebih mudah diuruskan serta diselesikan.



3. Menipu apabila anda sudah diberhentikan kerja.

Bertindak seolah-olah masih bekerja sedangkan telah diberhentikan kerja adalah satu perkara yang tidak bagus. Pasti pasangan anda akan mula bertanya ke mana gaji anda setiap bulan malah, ia akan menjadi pergaduhan di antara kalian. Jika anda berlaku jujur, pasti pasangan anda akan memahami malah akan cuba untuk membantu anda.



4. Terlibat dengan perjudian atau game online.

Terlibat dengan perjudian atau game online ini sememangnya mempunyai ketagihan. Maka dengan itu, jika anda terlibat dengan perkara ini segera hentikan. Menjanjikan pulangan wang yang banyak sememangnya idaman ramai, tapi tidak semua orang bernasib baik akan perkara itu. Malah sebagai orang Islam anda tidak seharusnya terlibat dalam perjudian.

5. Mempunyai kad kredit atau akaun bank rahsia.

Langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan jujur tentang akaun dan kad kredit anda. Jangan biarkan anda menyembunyikan hutang kad kredit, yang seterusnya boleh merosakkan semua pelan kewangan. Sekiranya anda telah mencatatkan hutang kad kredit, ini adalah masa untuk membayar semua bil dan mula jujur dengan pasangan anda.

Kewangan ini sememangnya penting pada masa kini. Namun itu tidak bermakna anda boleh menyorokkan kewangan sebenar anda dari pasangan anda. Ini kerana, anda perlu tahu bahawa dirinya juga terlibat sekiranya berlaku kepada anda. Jangan kerana sikap pentingkan diri anda sanggup melakukan perkara sedemikian.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen