Elak Lakukan 7 Perbuatan Ini, Jika Tidak Anda Bakal Berdepan Dengan Masalah Kewangan Yang Serius.

 

Kalau perkara yang melibatkan kewangan ini memang tidak akan habis kira dan fikirlah setiap malam. Nak-nak semakin hampir hujung bulan, lagilah otak ligat buat kira-kira akan duit yang berbaki di bank itu. Masa itulah baru nak sedar bahawa dirinya tak lakukan simpanan, terlalu banyak berbelanja dan macam-macam lagi.

Banyak orang tidak sedar akan sikap dan perbuatan dirinya sendiri itu menyebabkan poketnya hanya tinggal habuk sahaja, malah selalu sakit kepala kerana banyak fikir akan wang yang telah dihabiskan. Sebenarnya, ad acara untuk tidak membiarkan anda rasa tersepit setiap bulan.
Amir Syahir
Mari ikuti perkongsian saudara Amir Syahir ini akan perkara yang membuatkan anda berdepan dengan masalah kewangan yang serius jika tidak ditangani segera.



7 Perkara Yang Boleh Buat Dompet Anda Kemarau Berpanjangan

Perkara ni kalau kau buat, memang kau tak akan pernah merasa kebebasan kewangan. Boleh buat dompet kau penuh dengan resit daripada duit. Boleh buat air mata penyesalan kau menitis bila buka dompet.

Antaranya;

1. Tidak Menyimpan

Ramai yang berbelanja dahulu, selebihnya barulah menyimpan. Reward yourself kononnya. Itu silap sebenarnya. Kau harus menetapkan berapa simpanan yang kau kena buat setiap bulan. Sama ada 10% daripada pendapatan, 20%, 30%? Itu terserah dengan pendapatan kewangan kau. Jangan ikut orang. Ikut kemampuan diri sendiri.



2. Berbelanja Lebih Daripada Pendapatan

Ini akan terjadi bila kau tak buat bajet kewangan. Semua benda kau nak beli dalam satu bulan. Lepastu terpaksa kena pinjam sana sini. Hujung bulan barulah nak menyesal. Bila duit tinggal RM20, barulah mula nak berjimat. Megi pun pinjam rakan sejawat punya.

3. Selalu Membeli-Belah

Setiap minggu je mesti keluar lepak Pavilion, Mid Valley, Time Square. Apa la yang kau cari dekat sana pun gua tak tahulah. Asyik keluar ni kos petrol lagi, bayar parkir, makan kat luar. Keluar sebulan sekali dah la. Nak rehatkan minda pergi pantai, masuk hutan lipur, pergi daki bukit. Bersatu dengan alam. Dengar kicauan burung-burung.

Tak lupa juga, setiap kali dapat gaji mesti kau sibuk buka laman web Lazada, Zalora tu kan. Kalau sekadar nak cuci mata takpe la.

4. Gaya Hidup Mewah

Terlalu mementingkan gaya hidup yang berkelas. Nak ada iPhone XR. iPad. GoPro, DSLR dan sebarang gajet cool yang lain. Tak nak kalah dengan orang lain.

Nak pakai Honda City, baju berjenama, telefon canggih je. Nak simpan duit deposit rumah pun tak tersimpan lagi. Nanti orang dah ada rumah, kau mula lah nak bising.



5. Terlalu Banyak Hutang

Setiap bulan banyak perkara yang kau kena bayar. Ada hutang pembiayaan peribadi, hutang PTPTN, kad kredit, pembiayaan kereta. Debt lovers katakan.

Jadi, kau rancanglah kewangan kau sebaik-baiknya. Bayar dahulu hutang-hutang tu semua. Lepastu, tak payah la nak buat hutang baru lagi. Sekali kau terlepas bayar, terlewat bayar, mungkin ada caj tambahan dikenakan. Jaga-jaga.

6. Belanja Ikut Nafsu Dan Kemahuan

Ramai jenis yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mesti akan segera mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Walaupun apa yang kau nak tu tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

Misalnya, tukar telefon pintar baru setiap kali keluaran terbaru. Nak nampak up to date je. Tukar sofa ikut jiran. Makan kat kedai order sampai 5 jenis lauk. Selalu je modified kereta Myvi zero-downpayment kau tu. Banyak lagi lah perbelanjaan yang tidak sepatutnya kau buat tapi kau tak sedar. Dah jadi tabiat kan.



7. Tiada Simpanan Kecemasan

Simpanan kecemasan ni untuk kau guna sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang kecil seperti tayar kereta pecah, kereta rosak, bumbung rumah bocor. Kalau tak ada simpanan kecemasan ni, akan buat hidup kau jadi kucar-kacir sikit. Peruntukan sedikit wang untuk membina tabung kecemasan ni.

Kenapa? Sebab apabila berlakunya kecemasan, mana kau nak cari duit? Mula la nak pinjam sana sini. Lepastu bulan depan kena bayar balik. Kan dah lari bajet bulan tu.

Jangan jadi kedekut tetapi jadilah seseorang yang berjimat cermat dan berdisiplin dalam berbelanja. Kau kena ingat, ada bezanya antara kedekut dan berjimat cermat ye. Banyak duit gaji kau yang dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.

Kalau pakwe kau ajak makan dekat kedai mamak, makan cendol dan rojak kat gerai tepi jalan, mana kau mahu kan. Tak ada kelas katanya. Nak makan tempat makan hipster je. Senang nak update Insta. Terpaksalah pakwe kau ikut. Dia nak menyimpan pun tak jadi nak menyimpan. Kakakaka.

Jadi, cubalah ubah gaya hidup kau. Apa gunanya setiap hari update gambar makan mewah, pergi travel sana sini tetapi hutang sekeliling pinggang.

Hidup bersederhana sudah la. Sesungguhnya hidup secara bersederhana itu lebih baik dan indah. Sekadar berpesan-pesan. Kah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,206 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen