Penting! 5 Jenis Cyst Para Wanita Perlu Ambil Tahu.

 

Dalam penjagaan dalaman tubuh badan, golongan wanita harus tahu apa itu Cyst? Cyst adalah ketumbuhan pada organ paling penting dalam tubuh badan wanita, iaitu rahim. Setiap individu akan menghidapi penyakit cyst yang berbeza bergantung dengan gaya hidupnya tersendiri. Untuk mengetahui jenis-jenis cyst, ikuti perkongsian ini…

1. Functional.

JENIS-JENIS CYST

  • Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.
  • Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar . namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan.

Kedua dua  jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.

2. Endometriosis (chocolate cyst).

JENIS-JENIS CYST

Ia biasanya terjadi keatas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.

3. Cystadenoma.

Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.

4. Dermoid.

Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut ,gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.

5. Polycystic ovari.

Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.

ADAKAH CYST PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN?

Menurut Dr Zubaidi Ovarian cyst bukanlah bersifat penyakit . Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum. Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst.

ADAKAH OVARIAN CYST MERBAHAYA?

Menurut Dr Zubaidi lagi, 95% dari ovarian cyst ini tak merbahaya dan ia bukan penyakit kerana ia merupakan sifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

CARA MENCEGAH CYST.

Menurut Dr Hamid Arshat, cyst boleh dicegah atau dikecut melalui pemakanan, antaranya:

  • Buah delima/promagenate.
  • Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
  • Minyak zaiton.
  • Cendawan.
  • Anggur merah dan biji.
  • Oats
  • Teh hijau.
  • Buah2 citrous – lemon, limau nipis, grape fruits
  • Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
  • Bawang merah.

Semoga Bermanfaat dan Utamakan Kesihatan Dalam Tubuh Badan Anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen