Sedih Pembiayaan Rumah Kali Pertama Ditolak? Ikuti Perkongsian Ini.

 

Memang sedih sekiranya hati kita berkobar-kobar untuk membeli rumah pertama, tetapi ditolak pula. Pasti merasakan usaha untuk memiliki rumah pertama terhapus begitu sahaja. Jangan cepat berputus asa dan bersedih, ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

"Bang, pembiayaan perumahan saya bank baru tolak. Apa yang saya patut buat?"

Jika pembiayaan perumahan korang kena tolak, teliti perkara-perkara berikut :

***

1. Selidik Sebab Apa?

Jika pegawai bank kata kena tolak, tanya sebab kenapa kena tolak. Biasanya sebab kewangan tak kuat, komitmen pula banyak. Dokumen tak lengkap pun boleh jadi jugak. Jadi, belajar sediakan dokumen yang lengkap.

2. Baiki Profil Kewangan.

Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kurangkan komitmen dulu. Hapuskan hutang lapuk. Buatlah side income, pasif income dan pelaburan income. Gaji tu jangan tinggal berapa belas ringgit je dalam akaun bank tiap-tiap bulan dik oii..

3. Cari Rumah Bawah Kemampuan.

Kira DSR baik-baik. Jika kau mampu membayar pembiayaan perumahan RM200K, cuba cari rumah bawah RM150K.

4. Baikilah CCRIS.

Check CCRIS tu, kot ada terlepas bayar. Ada nombor 1 tu maksudnya ada yang pernah kau tersangkut bayar. CTOS pun kena periksa. Kot korang pernah jadi penjamin ke, pernah kasi pinjam no kad pengenalan ke pakwe kau untuk buat bayar bil telefon ke. Lepas tu pakwe kau tak bayar.

5. Cipta Rekod CCRIS.

Jika tiada rekod CCRIS, ada banker suruh kau buat kad kredit dengan dia. Jadi, cipta dulu rekod pembayaran balik. Yang dah ada kad kredit, pembiayaan daripada bank, kena kepilkan Letter Offer daripada bank tu. Nanti takut bank salah kira kau punya DSR.

6. Had Kad Kredit.

Mungkin kad kredit kau dah mencapai had maksimum. Seelok-eloknya bawah 70% kredit limit. Bayar dan jelaskan dulu. Jangan selalu bayar minimum jer.

7. Tambahkan Simpanan.

Tambahkan simpanan sebanyak mungkin. Jika ada simpanan yang banyak lagi bagus. Simpan sehingga ada 6 bulan ansuran. Nak sedap lagi setahun. Contohnya, ansuran rumah kau nak beli RM700 sebulan. Jadi, untuk bayar ansuran selama enam bulan, kau kena ada simpanan sebanyak RM4200.

***

Semoga apa yang dikongsikan boleh dijadikan panduan untuk korang.

Jadi, jika pembiayaan perumahan kali pertama kena tolak, jangan bersedih lah ye. Biasa la tu. Cinta kau pun kena tolak banyak kali, inikan pula pembiayaan perumahan. Kah!

********

Semoga Dijadikan Sebagai Manfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen