Ayuh Ikuti Langkah Ini Untuk Dekatkan Al Quran Di Hati Anak-Anak.

 

Al Quran adalah kitab penting bagi selurh umat Islam, jadi tentu sahaja, membaca, memahami serta mengamalkannya adalah perkara wajib bagi umatnya. Dengan membaca Al Quran ini juga mempu menerapkan nilai-nilai agama agar terus hidup dalam hati setiap orang. Menghafal Al Quran adalah sangat membantu kita dalam melakukan amal ibadah kita, ini kerana kita lebih mudah untuk mengamalkan apa yang di perintahkan oleh Allah.

Oleh itu, membaca dan mengamalkan Al Quran ini perlu dilakukan sejak seseorang itu masih kanak-kanak lagi. Ini kerana, ia akan membantu untuk membentuk akhlak yang baik serta kanak-kanak yang bijak. Namun begitu, mengajak melakukan sesuatu yang baik bukanlah satu perkara yang mudah, pasti aka nada sahaja ujian datang mengganggu.



Jadi buat ibu bapa, ini beberapa teknik yang akan membantu anak anda untuk lebih dekat dengan Al Quran.

1. Kerapkan perdengarkan bacaan ayat suci Al Quran ini.

Memulakan langkah awal adalah lebih baik jika hendak dibandingan mengambil langkah yang sedikit lambat. maka dengan itu, biasakan anak anda untuk mendengar ayat suci Al Quran ini bermula sejak mereka sudah di dalam kandungan lagi. Mula pendengarkan setiap hari tidak kiralah sebelum tidur ataupun ketika sedang bermain. Ini kerana, anak-anak masih kecil ini lebih mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

2. Mula mengajak untuk membaca Al Quran secara konsisten.

Untuk mempunyai anak yang soleh, maka ibu bapanya juga perlu lakukan contoh yang baik. Maka dengan itu, selalu mengajak anak anda untuk mengaji bersama anda selalu. Lakukan secara konsisten barulah ia menjadi kebiasaan anak-anak lalu akan sentiasa mengamalkannya. Yang penting ia perlu dimulakan dari diri anda sendiri.

3. Memulakan dengan menghafal sebelum mengenal huruf al-quran.

Kanak-kanak yang belajar menghafal dapat meningkatkan kuasa otak kirinya. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga penghafal Al Quran daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal Al Quran dengan baik.

4. Mula mengajar ayat-ayat lazim yang terdapat dalam Al Quran.

Ketika waktu kecil, ayat-ayat lazim ini biasanya menjadi amalan untuk anak-anak kecil. Maka letih anak-anak anda untuk menghafal ayat-ayat ini. Berikan ayat yang ringkas dan mudah untuk dibaca setiap hari. Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula.

5. Memberikan ganjaran apabila anak-anak berjaya melakukannya.

Setiap kali anak berjaya membaca setiap surah, berikanlah ganjaran kepadanya walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda.

Semoga teknik ini dapat membantu anda melahirkan anak-anak yang lebih baik malah seorang yang soleh dan juga solehah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen