Anak Suka Cakap Bahasa Kasar? Ikuti Tips Ini.

 

Pada masa kini, dengan mengikut peredaran masa, pelbagai bahasa yang bakal dipelajari oleh generasi baru. Namun, apa yang para ibu bapa takutkan adalah apabila anak-anak mula menjadikan bahasa-bahasa kasar sebagai bahasa rutin. Bukan sahaja kasar, terdapat juga carutan dan bakal membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Diamlah!”

“Kenapa tak boleh pulak?”

“Ayah, jangan la kacau!”

“Ibu, orang lapar, masaklah!”

Akan tetapi, intonasi sebegini sebenarnya di dengari dan di serap oleh minda anak-anak dengan cepat. Jika para ibu bapa terdengar anak-anak berkata kasar sebegini, ikuti tips yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais ini…

********

Image result for anak cakap bahasa kasar

Ada 3 benda kita boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka Potty Talk supaya gejala negatif ni tak berterusan sehingga dewasa.

1 - Jangan Sentap!

Pertama sekali tak boleh sentap! Anak tu tak ada niat pun sebenarnya. Malah dia tak faham pun apa yang dia cakap. Dia main hentam je, kan anak masih dalam fasa experimentasi bahasa lagi.

Daripada sentap lepas tu marah atau jentik mulut anak baik peluk dan cium dahi dia. Dapat juga pahala sebab sabar dan serotonin meningkat jadi gembira anak beranak.

2 - Bertenang.

Bawa bertenang. Bila kita mampu bertenang baru kita mampu untuk kawal mulut supaya tak terkeluar lebih banyak lagi "bad word".

Dan hanya dalam keadaan tenang sahaja otak kita boleh berfikir secara rasional. Kalau tak memang otak emosi la yang berkuasa. Habis semua sumpah seranah nenek moyang kita semua keluar.

3 - Jangan gelabah atau terkejut.

Dan yang terakhir kena buat buat "cool" bila depan anak. Anak cakap bodoh kita senyum, anak cakap giler kita senyum. Barulah anak kita tak cepat mengamuk bila orang mengata dia nanti.

Awas!

Sekali anak "detect" potty talk tu beri kesan pada kita, anak akan anggap ia sebagai "powerful word". Dia akan guna lagi dan lagi powerful word tu untuk hukum kita. Tak mustahil dia akan guna juga dekat kawan-kawan dia nanti.

Rumah ni ibarat makmal untuk anak-anak buat experimen. Apa sahaja yang dia nampak dan belajar dari luar rumah dia akan uji kat dalam rumah.

Mak ayah la selalu jadi mangsa ujikaji anak-anak. Itu sebab mak ayah kena beri hasil yang baik supaya anak-anak tak tersalah belajar.

Ingat! Anak adalah bayangan mak ayah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen