Ikuti Tips Dari Ibu Rose Cara Untuk Turutkan Kehendak Anak Berusia 6 Tahun Ke Bawah.

 

Dalam mendidik anak-anak, para ibu bapa pasti akan terlalu berhati-hati dalam segala tindakan. Takut, sekiranya bertindak di luar kawalan dan mengikut perasaan semata-mata. Namun, takut juga apabila anak-anak menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata pula.

Jadi, jom ikuti perkongsian dari Ibu Rose tips untuk menurut kehendak anak berusia 6 tahun ke bawah…

********

Image may contain: 1 person, sitting and stripes

Ramai ibu bapa menghadapi dilemma ini.

Ada juga yang menyangka, seorang ibu atau bapa yang baik dan sayangkan anak ikutkan saja kehendak anak.

Tambahan pula, Ibu selalu ingatkan untuk mendidik anak-anak dengan lemah-lembut dan penuh kasih. Maka ada yang menyangka, ikutkan saja kehendak anak-anak itu.

Oh, Jangan pula ada yang tersalah faham mesej Ibu! : )

Ibu TIDAK pernah menyuruh untuk biarkan sahaja anak menjadi naik kepala.

Di bawah ini Ibu sertakan resepi untuk mendidik anak-anak di bawah 6 tahun.

TANAMKAN DISIPLIN.

Kita perlu disiplinkan anak dan mengajar dengan loving dan firm kerana itu adalah cara yang paling baik. Nabi saw menggunakan disiplin di dalam pendidikan anak-anak.

KITA PERLU TEGAS.

Jika perkara itu perlu, maka jangan pula ikutkan saja kehendak anak tu. Contohnya carseat - kita perlu pakaikan padanya itu disiplin.

Jika dia nak naik kereta dan merontak minta duduk atas riba kita semasa kita MEMANDU. Jangan pula diikutkan. Itu sangat merbahaya.

Jika dia nak buka tingkap kereta semasa kereta berjalan, jangan pula diikutkan. Itu bukan sayangkan anak namanya. Itu membahayakan anak, diri sendiri dan pengguna jalan-raya yang lain!

KEHENDAK ANAK.

Ada tempat kita ikut. Ada tempat kita perlu tegas. Bukankah kita yang ketua dan bukan mereka? Apa-apa pun kita perlu tanya, adakah ini membina anak saya? Jika tidak, maka kita jangan benarkan. TAPI laranglah dengan bijak, tegas tetapi penuh kasih-sayang.

MARAH.

Memang perlu walaupun mereka masih kecil. Namun, belajarlah melakukannya dengan ketegasan tapi penuh kasih-sayang. Elakkan menengking, menjerit, memukul tanpa sebab.

Anak yang kecil boleh dipukul tapi jangan dengan rotan atau pembaris atau objek yang keras. Itu boleh dilakukan setelah 10 tahun.

Salam kasih - Ibu Rose.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen