Kenapa Bayi Berhenti Menangis Bila Anda Dukung Dan Bawanya Jalan Mundar-Mandir? Ikuti Penjelasan Ini.

 

Apabila secara tiba-tiba bayi menangis, pasti kita tidak tahu untuk buat apa-apa terutamanya pada mereka yang masih bujang. Selain tiada pengalaman dengan memiliki anak sendiri, sudah pasti menjadi kelam-kabut apabila terdengar bayi menangis walaupun sudah melakukan apa cara.

Akan tetapi tangisan bayi mulai reda apabila anda mula mengangkat bayi tersebut dan berjalan-jalan ke luar rumah. Malah sebahagian dikalangan kita akan mula menggoyang-goyangkan badan untuk mengelak bayi menangis berterusan.

Kenapa ini yang terjadi?

Secara amnya, bayi akan berasa tenang apabila didukung dengan posisi berdiri. Menurut penerangan kajian, ia berasal daripada proses survival sejak dari zaman primitif lagi!

Waktu itu, orang zaman batu sentiasa melindungi diri daripada haiwan pemangsa dan keadaan berdiri memberikan isyarat kepada bayi yang mereka bersedia untuk berlari dan menyelamatkan diri!

Eksperimen tentang cara buat bayi berhenti menangis.

Dalam satu kajian, 12 orang bayi yang sihat dipasangkan ECG. Pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi ini dalam beberapa posisi seperti:

  • Berbaring dalam katil kot
  • Duduk dengan bayi
  • Berjalan dengan bayi selama 30 saat

Hasilnya mendapati yang bayi didukung dan dibawa berjalan lebih gembira! Yang lain pula mula tidak senang duduk dan meragam.

ECG yang dipasang pada bayi juga menunjukkan degupan jantung yang lebih tenang ketika dibawa berjalan.

Menurut penerangan pakar:

“Analisis ini membuktikan yang degupan jantung bayi lebih tenang ketika dibawa berjalan. Data ini mengesahkan yang bayi sememangnya suka didukung sambil berdiri, bukan sahaja dari aspek tingkah laku malah dari segi fisiologi juga!”

Tips untuk mak ayah – Rajin-rajinlah dukung anak!

Dengan lebih memahami keadaan fisiologi bayi, maka lebih mudahlah untuk kita melayan anak kecil.

Selepas ini, kalau bayi meragam, anda boleh cuba untuk mendukungnya dan bawanya berjalan mundar-mandir di sekeliling ruang tamu atau di luar rumah! Kemungkinan besar, bayi anda akan menjadi tenang dan berhenti menangis.

Walaupun agak keletihan jika sering mendukung bayi, namun apakan daya jika itu caranya akan membuatkan bayi berhenti menangis.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen