Menurut Kajian, Anak Perempuan Lebih Mendapat Kesan Negatif Dari Sosial Media Berbanding Anak Lelaki.

 

Betul ke, anak perempuan lebih mudah terkesan dengan sosial media berbanding anak lelaki? Menurut kajian dari University of Sussex, England, melaporkannya kesan negatif yang diberi media sosial pada anak perempuan lebih tinggi berbanding kesan kepada anak lelaki.

Ada dua benda yang pengkaji lihat bagi memahami kaitan antara media sosial dan perkembangan anak.

  • Tahap kegembiraan dan kesejahteraan dalam hidup mereka.
  • Cabaran emosi dan sosial.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL: ANAK LELAKI VS ANAK PEREMPUAN.

Secara amnya, mereka mendapati budak perempuan menggunakan media sosial lebih daripada budak lelaki:

  • Pada umur 10 tahun, 10% anak perempuan guna media sosial selama sejam setiap hari. Hanya 7% anak lelaki menggunakan media sosial untuk masa yang sama.
  • Pada umur 15 tahun, 43% anak perempuan guna media sosial selama sejam setiap hari dan hanya 31% anak lelaki menggunakannya untuk masa yang sama.

TAHAP KEGEMBIRAAN: ANAK LELAKI VS ANAK PEREMPUAN.

Untuk tahap kesejahteraan emosi, pengkaji menunjukkan data yang mengejutkan ini:

  • Pada usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan melaporkan tahap kegembiraan yang rendah dan semakin menurun semakin mereka meningkat usia!
  • Kanak-kanak lelaki pula tidak melaporkan sebarang penurunan tahap kegembiraan yang drastik.

APA YANG PARA IBU BAPA BOLEH DAPATI ATAU PELAJARI DARIPADA KAJIAN INI?

Ada banyak perkara! Terutamanya tentang aspek pemantauan dan sikap ambil berat kita terhadap perkembangan anak-anak perempuan kita di rumah.

Psikologi yang berbeza mengikut jantina telah memberi kesan kerana menurut kajian…

 “Tahap interaksi yang tinggi antara kanak-kanak perempuan dalam media sosial telah memberi kesan kepada perkembangan emosi mereka.”

Para ibu bapa perlu tahu bahawa kajian ini untuk menunjukkan bahawa cara penggunaan sosial media seperti facebook, twitter dan instagram oleh anak lelaki dan perempuan adalah berbeza

Apabila mereka melihat profil rakan di laman sosial, mereka gemar membanding-bandingkan diri dengan rakan sebaya.

JADI, APA KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK PEREMPUAN?

Akibatnya, mereka akan berasa tidak cukup bagus atau serba kekurangan sekiranya mereka kerap melihat rakan mereka berkongsi kisah kebahagian atau kemewahan hidup di laman sosial.

Anak lelaki pula jarang bersikap begitu. Secara relatifnya, mereka jarang menggunakan media sosial dan lebih cenderung untuk bermain mobile games. Tiada perbandingan diri dibuat secara aktif.

Sekiranya tidak dipantau, kesan media sosial kepada kanak-kanak perempuan adalah:

  • Anak perempuan selalu rasa tidak sempurna.
  • Mereka kurang gembira dan bersyukur dengan keadaan diri.
  • Mereka akan ketagih media sosial (tahap serius).

Oleh yang sedemikian, sebagai ibu bapa anda harus:

  • Memberi galakan berkomunikasi secara face to face dengan rakan sebaya, bukannya melalui sosial media semata-mata.
  • Menjadi contoh yang baik pada anak-anak dengan tidak membandingkan diri dengan rakan-rakan melalui sosial media seperti gambar bercuti dan sebagainya.
  • Mengajar anak-anak menggunakan sosial media dengan betul seperti ada perkara yang tidak elok dipertontonkan dan seumpama dengannya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen