"Isteri Zaman Sekarang Ini Makin Hebat, Boleh Jadi Spy Intip Kegiatan Suami."

 

Ramai yang pandang wanita ini lemah, ada yang menganggap mereka ini mudah sahaja ditipu dan dipermainkan. Bahkan. Apabila sudah kahwin nanti wanita ini akan sibuk urus rumah tangga, anak dan suami sahaja. Yang lain mereka tak ambil tahu.

Suami pula sebagai ketua keluarga, boleh lakukan apa ikut dia punya suka. Nak keluar malam, nak lepak sampai pagi pun tak apa. Isteri tidak boleh buat apa, sebab syurga isteri pada suami.

Ramai lelaki yang silap sebenarnya, isteri-isteri sekarang tidak sama macam dahulu. Isteri sekarang banyak yang belajar tinggi, bukan setakat kerja di dapur sahaja mereka mahir, lihat gelagat suami juga mereka tahu. Jangan haraplah suami-suami ini mampu sorokkan rahsia dalam poket selamanya, lambat laun kantoi juga.

Mari baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini, mana tahu ia membuka mata anda dan lebih menghargai apa yang ada di depan mata.



"Saya cukup-cukup respect dengan isteri-isteri zaman sekarang ni…"

Dia punya usaha, ikhtiar, kesungguhan, persediaan untuk mempertahankan perkahwinan dia, menyelamatkan rumah tangga dia dari orang ketiga cukup-cukup dahsyat... Dari suri rumah, dia jadi hackers, buat whatapps web, hack hp suami, sampai tahu siapa yang selalu suaminya berchatting, berhubung... Dari seorang yang bekerjaya, dia jadi 'spy', tengok dan ikut gerak geri suaminya, tahu location suaminya dimana... Sampai suami sendiri pun tak sedar...

Dengan jelingan saja dia dah dapat tahu yang mesti ada something yang tak kena dengan suami dia ni…

“Tak pernah laki aku senyum depan hp sorang-sorang… Tak pernah laki aku bawak hp masuk tandas… Tak pernah laki aku letak hp bawah bantal dia malam-malam…dan tak pernah lagi bila aku tdo, dia tak tido-tido lagi, main hp…”

Saya tertanya-tanya la jugak kan kenapa dia sanggup buat mcm tu, hanya sebab SEORANG lelaki yang bergelar SUAMI untuknya.... Sanggup berjumpa, berhadapan dengan orang yang menganggu rumah tangganya, bertikam lidah, berperang mulut dengan perempuan yang cuba merampas suaminya, lawan tarik rambut? (Tarik rambut ala orang dulu-dulu, guling-guling atas tanah tu - masih ada yang praktik lagi ke)

Walhal suaminya tu ADA APA SANGAT...? Nak harapkan pd MUKA? banyak lagi yang HENSEM... Nak harapkan pada HARTA? CUKUP-CUKUP MAKAN je setiap bulan...sempurna sangat ke? KE LAUT jugak kalau bab-bab agama ni...solat pun tunggang langgang...

Tapi…

Isteri harungi dan tempuhi semua tu sebab bagi isteri, suami itu milik dirinya, milik anak-anknya...ayah kepada anak-anaknya...sebab tu dia tak nak kehilangan suaminya, FAHAM?

Walau tak berguna sangat pun suami itu, walau tak menolong sangat pun suami itu, walau tak pernah memahami sangat pun suami itu, walau menyakitkan hati sangat pun suami itu tapi dia tetap seorang suami, tetap seorang ayah...jadi isteri buat untuk kebaikan rumahtangganya...bukan sebab hatinya…

Sebab hatinya itu, tak pernah pun suami ambik tahu apa yang dia rasa...tak pernah pun suami faham apa yang dia mahukan…tapi dia tetap nak suaminya itu jadi SUAMI!

Akhir kalam, isteri kita ni boleh jadi yang paling lembut dan menyejukkan, lalu membahagiakan dan dia juga boleh jadi yang paling keras, kasar lalu teramatlah menyakitkan...kita nak dia jadi yang mana?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen