Antara Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Ketika Membeli Cincin Nikah, Yang Harus Dielakkan.

 

Pada mereka yang mahu ke jinjang pelamin, pasti sedang sibuk mengira detik-detik terakhir sebagai orang bujang, kan? Malah sibuk juga dalam mengendalikan majlis pernikahan dan perkahwinan. Semuanya perlu dilakukan dengan teratur, termasuklah dalam pemilihan cincin juga. Jika mengikut adat resam melayu, pihak perempuan akan mendapat 3 cincin ketika:

  • Dirisik.
  • Bertunang.
  • Bernikah.

Jadi sebagai lelaki, pasti pening kerana 3 jenis cincin perlu disediakan, harga jangan cakap lah…

Oleh itu, jangan lakukan 5 kesilapan ini semasa ingin membeli cincin sama ada cincin merisik, bertunang atau bernikah…

1. Asalkan ada berlian pasti perempuan suka.

Related image

Majoriti lelaki hanya mengandaikan secara kasar, selagi cincin tersebut cantik dan mempunyai berlian yang besar malah bersinar pasti akan disukai oleh kaum wanita. Jangan mengandaikan sebegitu kerana setiap individu mempunyai citarasa yang berlainan. Ini kerana ada sahaja golongan wanita yang tidak gemar dengan sinar-sinar berlian tersebut. Mungkin susah dijaga.

Pastikan anda sebagai lelaki tahu citarasa bakal isteri anda.

2. Tidak membuat research.

Ada juga segelintir daripada lelaki beli cincin ala kadar sahaja, sama seperti point di atas. Asalkan ada berlian, okay. Asalkan cantik pada pandangan matanya, okay juga. Namun, tidak pula membuat research tentang cincin yang mahu dibeli. Jika membeli cincin, jangan melihat pada luaran sahaja, tetapi ambil berat tentang potongan cincin tersebut, warna dan berat karat.

Jangan asal boleh sahaja membeli cincin ini kerana ia akan dipakai pada jangka masa yang panjang. Malah, jangan pilih cincin yang mempunyai rangka yang nipis tetapi berlian yang besar kerana kandungan bahan akan cepat pudar dan mungkin patah. Hati-hati!

3. Terburu-buru membeli cincin.

Apabila terlalu terburu-buru membeli cincin kerana takut kekasih di sambar, pasti 2 point di atas tidak dititik beratkan. Asalkan ada berlian dan cantik sahaja, cepat-cepat dibeli. Jangan terburu-buru, ambil masa untuk mencari cincin yang sesuai untuk bakal isteri anda kerana anda perlu sesuaikan cincin dengan si pemakainya.

  • Pilih cincin yang sesuai dengan fizikalnya.
  • Pilh cincin yang sesuai dengan rutin hariannya.
  • Pilih cincin yang mengikut citarasanya.
  • Pilih juga cincin yang mengikut trend semasa.

4. Tiada anggaran kasar.

Apabila kita pergi mana-mana kedai untuk membeli sesuatu, pastu jurujual akan tanya berapa anggaran yang kita mampu dan sebagainya. Jadi, anda perlu letakkan matlamat bajet anda untuk membeli cincin, jangan biarkan jurujual yang membuat keputusan untuk anda pula. Sekiranya ini yang berlaku, tidak hairan jurujual tersebut akan mengikut harga citarasanya sendiri.

Sekurang-kurangnya letak bajet dalam kemampuan anda, barulah perkahwinan anda tidak membazir.

5. Tidak tahu saiz jari.

Perkara yang sering berlaku adalah apabila si lelaki tidak tahu saiz jari bakal isterinya. Oleh sebab itu, ketika berta’aruf penting juga untuk mengetahui saiz jari pasangan anda, supaya dapat memudahkan proses membeli cincin kelak.

Namun, orang dulu-dulu pernah mengatakan jari manis perempuan sama saiz dengan jari kelengking lelaki. Cuba lah!

6. Andaian bahawa, semua wanita hanya suka cincin sahaja.

Dan yang terakhir, kaum lelaki juga harus tahu tidak semua perempuan mahukan cincin ketika waktu pernikahan. Ia boleh jadi jika pengantin perempuan mahukan gelang selain daripada cincin. Mungkin lebih selesa memakai gelang daripada cincin.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen