"Nak Pakai Baju Putih Tak Salah Tapi Boleh Mengundang Dosa" - Ustaz Farid Rashidi.

 

Nak pakai baju warna putih pun salah ke? Kan cuma baju sahaja. Baju warna putih ini cantik apa, nampak berseri, kemas dan suci sahaja. Bukan itu sahaja, nak matching-matching pun senang sahaja, tidak kiralah nak matching dengan pasangan atau dengan tudung.

Jadi apa masalahnya? Selagi tutup aurat tak salahkan?

Sabar, jangan melatah terlebih dahulu. Mungkin ada perkara yang kita tidak nampak disebalik kesucian warna putih itu. Mari cuba baca perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini. Hadamkan secara perlahan ya. Selepas ini ia menjadi pilihan dan tanggungjawab sendiri.



Trend sekarang ramai yang memakai baju kemeja putih, blouse putih atau baju t-shirt putih. Ada yang dipakai sedondon dengan pasangannya. Tahukah anda, salah memakai baju putih juga boleh mengundang dosa.

Eh, kenapa? Salahkah pakai baju putih?

Tak. Baju putih tak salah pun. Yang salah ialah cara memakai dan material yang digunakan si pemakai.

Hah? Suspennya!

Ingat tak, pernah masa belajar di sekolah dahulu, para ustaz, ustazah dan cikgu displin selalu pesan khususnya kepada pelajar perempuan supaya tidak memakai baju kurung putih yang nipis, jarang dan menampakkan warna kulit.

Pesanan mereka sangatlah betul. Bukan hanya peraturan sekolah. Ini kerana haram dan berdosa memakai pakaian putih (dan warna lain) yang nipis, jarang, menampakkan warna kulit dan aurat.

Sebenarnya bukan sahaja untuk pelajar sekolah, tetapi juga untuk semua perempuan di luar sana apabila usia mencecah aqil baligh. Tak kiralah, bujang trang tang tang ke, dah berkahwin ke, janda kak limah ke, mak budak ke asalkan yang namanya perempuan. Nenek tak payahlah, muntah hijau atok nanti.

Sebuah pesanan yang disampaikan oleh Saidatina 'Aisyah dalam satu riwayat:

وعن علقمة بن أبي علقمة ، عن أمه قالت : دخلت حفصة بنت عبد الرحمن على عائشة وعليها خمار رقيق ، فشقته عائشة وكستها خمارا كثيفا
Daripada al-Qomah bin Abi al-Qomah, daripada ibunya berkata: "Hafsah binti Abdul Rahman (anak saudara 'Aisyah) masuk menemui 'Aisyah r.a ummul mukminin dalam keadaan Hafsah memakai tudung nipis di kepalanya. Lalu Aisyah r.a mengoyakkannya, kemudian memakainya tudung yang tebal."


Juga menurut al-Hafiz al-Murtadha al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadah al-Muttaqin, jilid 3 /134 menyebutkan:

"Aurat seorang wanita merdeka adalah seluruh badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangan iaitu bermula daripada kepala jari jemari sampai ke pergelangan tangan."

Katanya lagi:

"Syarat menutup aurat adalah memakai sesuatu yang menghalang daripada dapat dilihat warna kulit bukan daripada yang menghilangkan bentuk badannya (kerana sebahagaian manusia khususnya yang gemuk sukar untuk tidak menampakkan sedikitpun daripada bentuk badannya)."

Sebagai jalan selamat mengelak dosa, bila pakai baju putih, janganlah pakai baju dalam lain warna supaya tak jelas kelihatan dan pakailah baju lain untuk mengelakkan nampak warna kulit. Biar longgar, tebal dan tidak menampak bentuk badan.

Ya benar, putih itu suci. Tetapi boleh jadi putih itu bisa menjadi kotor akibat percikan dosa manusia.

Nak pakai baju putih, tak salah. Pakailah dengan bersyariat, tidak mendedah aurat. Jangan tunggu hingga orang lain yang tolong memakaikan tubuhmu dengan pakaian putih sudahlah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,167 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen