“Harapan Wanita Pada Lelaki Zaman Sekarang Adalah Mampu Jadi Ketua Keluarga Dan Bertanggungjawab..” –Bonda Rozita -

 

Sebagai seorang ibu, menjalankan tanggung jawab pada anak-anak itu sudah pasti. Malah inginkan anak-anak hidup bahagia dan sempurna sehingga sudah bertemu dengan pasangan. Kebahagiaan yang tidak terhenti adalah hak milik setiap insan.

Sebagai ibu juga pasti banyak nasihat yang ingin diberikan terutamanya berkenaan dengan bakal jodoh seperti perkongsian daripada Bonda Rozita ini…

********

 

Assalamualaikum sahabat followers yang baik budinya yang bonda muliakan..berpagi hari bonda datang untuk berposter lagi…

Hidup ni cari yang banyak berkat dan jadi orang paling kuat amanah dalam tanggung jawab..Harapan wanita pada lelaki jadi suami ialah ketua dan kenal erti tanggung jawab…

Seorang lelaki bila dia telah melafazkan akad nikah.. mereka perlu tahu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar daalm menjaga dan memelihara keluarganya..

Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang suami itu telah bermula..

Antara tanggung jawab dan tugas seorang lelaki terhadap isterinya ialah

Nafkah zahir dan batin..

Sediakan rumah iaitu tempat tinggal..

Makan dan minum..

menyediakan pakaian ataupun perhiasan...

Suami wajib memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuannya.. dan berdosa bagi suami yang menyekat nafkah ke atas org yang di bawah tanggungannya..

Bagaimana teruk sekalipun ekonomi pada masa sekarang..jangan sesekali dicampur gaji isteri dan suami..rancanglah perbelanjaan dengan bijak...

Suami perlu menguruskn kewajipan yang wajib ditunaikan olehnya.. sebab itu adalah tugasnya..kemudian barulah isteri datang membantu sekiranya memerlukan...

Insya Allah rumah tangga akan diberi keberkatan dari Allah swt..Maaf ya kaum suami kalau ayat ni tak sesuai..Wanita zaman sekarang lebih beban rasanya dari wanita zaman dulu…

Bonda tulis sekadar mengingatkan anak-anak lelaki saya yang akan dan susah kawin..!!

********

Oleh itu sebagai anak muda yang masih belum berkahwin dan akan berkahwin jangan putus asa dalam memilih jodoh ini. Jadilah yang terbaik untuk mencari yang terbaik. Perbaiki diri untuk menjadi suami atau isteri yang soleh/solehah. Jangan berhenti mencari barakah dari-Nya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen