8 Fakta Mengenai Majlis Perkahwinan Di Kampung Yang Lebih Meriah.

 

Bila bercakap mengenai majlis perkahwinan, pasti akan membuatkan bakal pengantin berasa teruja akan suasana meriah yang bakal mereka lihat sepanjang majlis mereka itu nanti. Pada ketika ini, pelbagai package yang disediakan raja seharian agar memudahkan mereka menyusun apa yang mereka mahukan tidak kiralah untuk mereka melangsungkan majlis di mana mereka mahukan.

Mesti ramai yang tengah pikir nak buat majlis kahwin nanti di kampung atau pun di bandar? Sebenarnya kalau kita plan nak buat majlis kahwin, perkara pertama kebiasaanya di mana ayah ibu kita tinggal. Dan berhampiran dengan rumah. Ada juga ibu bapa tinggal di bandar tapi nak buat majlis perkahwinan di rumah nenek di kampung.

Namun buat mereka yang ada kampung, pasti mereka akan memilih kampung sebagai tempat majlis perkahwinan mereka kerana merasakan lebih meriah. Apa yang meriahnya, jom kita lihat.



1. Lebih banyak kemah boleh dipasangan.

Dengan kawasan rumah yang luas, sudah tentulah mereka ini mampu mendirikan lebih banyak kemah, berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar. Kemah yang di pasangan ini akan bergantung pada berapa ramai tetamu yang mahu diundang ke majlis tersebut.



2. Gotong royong.

Macam biasanya yang kita lihat apabila majlis dilakukan di kampung adalah ada gotong royong yang sememangnya menjadi satu tadisi di setiap kampung. Biasanya jiran yang terdekat akan mula datang membantu. Apabila hari semakin hampir, semakin ramai yang akan mula hulurkan bantuan. Bermula dengan memasukkan goodies, membantu memasang kemah, mengangkat pinggan mangkuk ataupun mula mengupas bawang dan sebagainya.

3. Bunga telur.

Kalau kita oleh lihat, memiliki bunga telur di rumah juga sudah nampak meriahnya. Ini kan pula jika memilik terlalu banyak bunga telur yang disusun di rumah. Bukan itu sahaja, jika adat di Johor, merebus telur pindang dan juga membungkusnya akan membuat keadaan rumah menjadi meriah kerana aroma dan kesibukkan yang ada.



4. Pukulan kompang.

Jika di bandar, kita oleh lihat sekiranya paluan kompang hanya menggunakan rakaman dan tidak menyewa mereka yang mahir dalam alat muzik ini. Berbanding jika di kampung, mereka akan menggunakan paluan kompang kampung yang sememangnya telah ditubuhkan oleh orang kampung tersebut. Jadi ketika majlis berlangsung, paluan kompang yang sebenar akan memeriahkan lagi suasana sehingga kedua-dua mempelai terasa malu.

5. Silat, atau tari menari.

Apa yang lebih meriah lagi, di kampung akan lebih mudah di adakan persembahan silat dan tari menari. Biasanya perkara ini juga boleh didapati oleh ahli jawatankuasa kampung tersebut. Bukan itu sahaja, ada sesetengah negeri akan menambah meriah dengan mempunyai adat tersendiri seperti mengenakan tola tau penghalang di setiap laluan pengantin lelaki. Biasanya adat sebegini akan diadakan di Johor, sememangnya kemeriahannya dapat dirasainya.



6. Sanak saudara datang menginap di rumah.

Perkara yang sememangnya menambah kemeriah adalah sanak saudara akan mula menginap di rumah pegantin dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung. Ini sememangnya menyeronokkan. Baik saudara mara yang jauh mahupun dekat pasti akan hadir dan tidur di rumah pengantin.

7. Memasak menggunakan kayu api.

Lebih membuka selera sesiapa sahaja apabila masakkan yang dimasak itu mempunyai aroma asap apabila ia dimasak menggunakan kayu api. Apa yang lebih meriahnya, kesemua makanan yang dimasak adalah hasil air tangan bantuan orang kampung. Jadi anda boleh lihat di sini di setiap sudut rumah pasti akan ada orang yang membantu dan menghulurkan tugas mereka.



8. Pengantin membasuh periuk belanga.

Sememangnya menjadi satu kerseronokan apabila gurau senda menjadi kebiasaan, di mana, selesai sahaja majlis baik pengantin lelaki atau perempuan kedua-duanya terpaksa memerah tenaga untuk membasuh periuk belanga yang smemengnya ditinggal khas buat mereka. Boleh nampaklah pengantin yang cantik-cantik itu akan comot juga akhirnya.

Namun begitu, tidak kisah majlis tersebut akan diadakan di mana, di kampung atau di bandar. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Malah tidak semua orang memiliki kampung.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen