7 Jenis Rezeki Sebenarnya Kita Terlepas Pandang.

 

Apabila berkaitan dengan rezeki, sudah sedia maklum ianya bukan datang dengan begitu sahaja, tetapi perlu berusaha disamping berdoa dan bertawakal. Selain daripada itu, ada juga segelintir dikalangan kita salah faham tentang rezeki seperti…

  • Menganggap rezeki itu adalah dari segi wang dan harta semata-mata.
  • Jika mahu dilimpahi rezeki, meminta dari-Nya melalui solat Dhuha semata-mata.
  • Menganggap rezeki itu adalah perkara yang kita pinta semata-mata, walhal rezeki itu adalah pemberian dari-Nya, dan kita bersyukur dengan rezeki tersebut.

Jadi, anda sebenarnya sudah dikurniakan dengan 7 jenis rezeki ini tetapi terlepas pandang, malah tidak bersyukur dengan apa yang ada, iaitu…

1. Dikurniakan tubuh badan yang sentiasa sihat.

Kita sering mendengar, apabila kita ditimpa kesakitan ia adalah tanda penghapusan dosa-dosa kecil. Akan tetapi, ada juga yang menganggap badan yang sentiasa sihat tanda tiada dosa-dosa kecil. Bukannya anda tiada dosa, tetapi ia adalah rezeki dari Allah SWT supaya anda bertenaga untuk melaksanakan pelbagai urusan.

Sekiranya anda sakit, pasti banyak perkara yang tergendala, dan terpaksa ditangguhkan. Apabila ditangguhkan pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk siap atau mendapatkan hasil.

Sebagai contoh, berkenaan dengan Jodoh, anda dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk kumpul duit. Jadi, jangan bermalasan dan bertangguh sehingga melambatkan hubungan ke jinjang pelamin. Allah kurniakan badan yang sihat, semuanya ada hikmah.

2. Dikurniakan kehidupan yang tenang.

Anda juga dikurniakan hidup yang tenang, sentiasa bersemangat dan bermotivasi melakukan pelbagai urusan dan sebagainya. Hati anda juga tidak sering dalam kekeliruan, kecelaruan atau kebimbangan. Semua yang anda lakukan seperti teratur walaupun menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana anda mampu mengatasi masalah tersebut dengan solusi yang baik.

3. Dikurniakan pasangan (suami/isteri) yang serasi.

Bertemu dengan jodoh yang serasi juga adalah rezeki dari Allah SWT. Apabila bertemu dengan jodoh ini, ia bukan sahaja rezeki, tetapi amanah dari-Nya yang perlu kita jaga sehingga akhir hayat anda. Dengan menjaga amanah Allah ini sebaiknya, secara tidak langsung mendorong untuk para manusia dikurniakan rezeki.

4. Dikurniakan adik-beradik yang sokong antara satu sama lain.

Sukar untuk lihat ahli keluarga bersatu sehingga ke penghujungnya, kerana pasti ada sahaja masalah yang mengakibatkan putus hubungan silaturrahim. Putus hubungan adik-beradik ini menjadi antara salah satu punca rezeki menjadi sempit, malah hidup juga tidak tenang. Jika dikurniakan adik-beradik yang masih menyokong antara satu sama lain dikala susah dan senang, ucaplah Alhamdulillah.

5. Masih dikurniakan ibu bapa yang panjang umur.

Dikala umur semakin meningkat, kedua ibu bapa juga sudah lanjut usia. Jika masih dikurniakan ibu bapa yang masih panjang umurnya, ia adalah rezeki anak-anak untuk membalas jasa mereka. Malah menjadi rezeki anak-anak untuk masih boleh menatap wajah kedua ibu bapa, memeluk dan mencium mereka, dan membuat aktiviti bersama.

Tidak ramai dikalangan kita yang masih mempunyai kedua ibu bapa, dan sebenarnya dalam diam meronta menyesal tidak meluangkan masa dengan lebih lama.

6. Masih dikurniakan pekerjaan tetap.

Pada masa kini, ramai anak muda sukar untuk mencari pekerjaan tetap kerana dikalangan mereka hanya melakukan kerja sampingan setiap hari tanpa pendapatan yang tetap.  Apabila tiada pendapatan tetap, pasti sedikit sukar untuk merancang kewangan dan membuat simpanan. Bersyukurlah pada mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetap, walaupun di luar bidang.

7. Dikurniakan sahabat yang baik-baik.

Jika dikurniakan sahabat dari golongan yang baik, soleh dan solehah, ia juga adalah rezeki dari-Nya yang patut anda bersyukur. Dikelilingi oleh orang-orang yang baik ini adalah salah satu punca hidup menjadi tenang dan positif.

Tanpa kita sedar, jika memiliki 7 jenis rezeki ini ia menandakan anda sebenarnya seorang yang ‘Kaya’ dunia dan akhirat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen