Apabila Kita Berdepan Dengan Seseorang Yang Pernah Menguji Kesabaran Kita, Maka Lakukanlah 7 Perkara Ini.

 

Apabila terserempak atau berjumpa dengan seseorang yang pernah melakukan perbuatan buruk terhadap kita ini sememangnya satu perkara yang ingin dielakkan. Tapi apabila sudah bertembung, bagaimana nak elakkan diri. Terutama jika bertembung di khalayak ramai. Pasti salah seorang akan rasa serba salah.

Tapi jangan risau dan takut, jika kita dipihak yang benar di mana, kita tidak melakukan kesalahan seperti yang diperkatakan itu jadi tiada sebab untuk kita menyorok atau melarikan diri, lainlah kalau kita yang buat salah.

Jangan balas setiap perbuatan jahat orang terhadap kita. Adalah lebih elok jika setiap perbuatan jahat itu dibalas dengan kebaikan yang tidak terhingga. Ia bukan untuk membalas dendam tetapi untuk membuat dirinya tahu bahawa anda lebih kuat dari jangkaannya.



Tiada sebab untuk anda membalas setiap perbuatannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda melakukan hal seperti itu, ia menandakan bahawa anda dan diri sama sahaja, tiada beza. Untuk apa anda merendahkan diri anda untuk orang seperti itu.

Jadi apabila anda bertemu dengan seseorang yang pernah melakukan perbuatan jahat kepada diri anda, maka lakukan beberapa perkara ini.

1. Bagi ucapan salam, assalamualaikum.

Mula-mula bagi salam, agar keadaan yang agak tegang itu tenang sedikit. Walaupun agak kekok tapi kuatkan sahaja diri anda untuk mendekatinya. Lihat tindak balas darinya. Jika dia hanya mendiamkan diri maka biarkan sahaja.

2. Berjabat tangan dengannya.

Seterusnya adalah cuba untuk berjabat tangan dengannya. Biasanya berjabat tangan ini menunjukkan situasi pendamaian, jadi lihat adakah dirinya sudi berdamai dengan anda atau tidak. Jika dia menepis atau membiarkan tangan anda begitu sahaja, maka ambil langkah yang seterusnya.

3. Bagi senyuman kepadanya.

Lemparkan senyuman anda kepadanya. Jangan sesekali bermasam muka dengan tindakannya. Cuba untuk senyum seperti tiada yang berlaku di antara kalian. Lakukannya seperti dia merupakan rakan baik anda.

4. Pandanglah matanya.

Seseorang yang tidak melakukan kesalahan terhadap anda biasanya akan berani untuk memandang mata anda semula. Jadi pandang dan lihatlah dirinya. Setiap pandangan yang anda berikan itu akan menggegarkan hatinya. Dia sendiri akan merasak serba salah untuk perbuatannya.

5. Tanyalah khabarnya.

Mulakan satu perbualan yang baik dengan bertanya khabarnya. Jangan takut untuk memulakan perbualan. Biarkan situasi yang tidak selesa itu hilang dengan topik perbualan kalian. Cuba untuk terus menerus berbual di antara satu sama lain. Jangan timbulkan perasaan kekok atau ingin cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

6. Doakan dirinya.

Dalam pada masa yang sama, jangan lupa untuk mendoakan dirinya. Semoga dia diampuni segala dosa, mendapat petunjuk, rahmat dan berkat daripada Allah. Malah berdoalah agar dirinya berubah menjadi seseorang yang baik dan menyenangkan diri anda.

7. Maafkanlah dia.

Mungkin perkara ini agak sukar, tapi cuba untuk ikhlaskan setiap perbuatannya dan memaafkan perbuatan tersebut. Anggap sahaja Allah mahu menguji anda dengan terjadinya perkara sebegini.

Mungkin mulanya agak payah, agak kekok untuk lakukan semua ini. Tapi cuba untuk lakukan juga. Sungguh, bahagia kurniaan Allah akan bertambah-tambah menyelimuti diri sepanjang masa.

Apa yang anda dapat rasakan adalah, dada rasa selapang-lapangnya. Itulah salah satu nikmat yang akan anda rasai. Kalau tidak selagi itu teringat-ingat.

Buat baik, dibalas baik. Tak perlu meminta balasan dari manusia, cukup hanya Allah memberi ganjaran kebaikan kepada kita. Allah dekat dan sayang terhadap mereka yang diuji-Nya. Ingat dan peganglah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen