Ikhaskah Kita Dalam Memaafkan Setiap Kesalahan Orang Lain?

 

Meminta maaf ini tidak mudah, malah nak memaafkan juga bukanlah perkara yang mudah. Nak-nak lagi apabila meminta maaf kini begitu mudah buat sesetengah orang. Tidak perlu bersemuka, tidak perlu luahkan apa kesalahan yang dilakukan. Hanya sekadar hantar mesej, hantar Whatsapp atau hantar private message (PM) ke mana-mana media sosial seseorang.

Mudah sungguh cara ini bukan?

Tapi bagaimana pula dengan orang yang bakal memaafkan? Adakah dengan cara ini mereka akan ikhlas memaafkan anda atau sebaliknya. Pasti dirinya akan tertanya-tanya apa salah yang telah anda lakukan. Ataupun dirinya hanya mengabaikan sahaja pesanan anda.



Tahukan anda, mereka yang sentiasa memaafkan orang atau sesuatu yang dianugerahkan oleh orang yang memaafkan orang lain adalah satu ketenangan. Di dalam dunia reality ini, teramat sukar untuk memiliki ketenangan, tapi dengan cara ini anda dapat sedikit daripadanya.

Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara. Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu — ALLAH.

Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya?

Kadang-kadang kita ini malas ambil pusing, malas nak fikir lagi jadi dengan mudah sahaja kita akan ungkapkan “saya maafkan awak”, tetapi dalam hati bagaimana?

Ikhlas ke kita? Tulus ke kita dengan kata-kata tersebut?

Adakah kata-kata saya memaafkan awak itu sememangnya lahir dari hati kecil kita dengan penuh keikhlasan atau sekadar hanya kata-kata untuk menamatkan segalanya?

Sebenarnya, kalau kita mahu maafkan orang, kita perlu bersedia dengan ikhlas memaafkan setiap perbuatannya. Ia bukan sekadar di mulut sahaja, tetapi ia juga penting dari hati anda.

Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang.

Tenang setenang-tenangnya.

Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.

Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan. Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.

Maafkan lah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji.


INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.


Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna duit kita walau sesen pun.

Jadikan tabiat memaafkan orang sekeliling itu satu kebiasaan dalam hidup kita. Lakukannya setiap malam sebelum anda tidur. In shaa Allah, ketenangan lah yang akan kita dapat. Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen