5 Tabiat Sebenarnya Menjauhkan Diri Anda Dari Dilimpahi Rezeki Yang Berkat.

 

Sebagai individu yang bekerjaya dan mahu berjaya dalam kehidupan pasti banyak perkara yang kita lakukan. Malah, mahu amalkan banyak kebaikan supaya dilimpahi rezeki dari Allah SWT. Namun, tanpa anda sedar, walaupun sebanyak mana kebaikan yang dilakukan, jika masih dengan 5 tabiat ini, ia adalah punca rezeki anda menjadi sempit.

“Dah buat banyak kebaikan, tetapi kenapa rezeki masih sempit?”

Jom lihat 5 tabiat ini yang anda patut hentikan sekiranya mahu dilimpahi rezeki yang berkat…

1. Terlupa tanggung jawab kepada ibu bapa.

Tanggung jawab kepada ibu bapa bukan semata-mata dengan memberi wang ringgit dan harta sahaja, tetapi tidak membebankan ibu bapa juga.

Tidak membebankan ibu bapa adalah;

  • Bebas daripada segala hutang yang boleh membuat kedua ibu bapa risau.
  • Sentiasa menjenguk kedua ibu bapa di kampung halaman.
  • Belikan keperluan rumah atau dapur yang sudah tidak boleh digunakan.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa.
  • Mampu memberi ketenangan kepada kedua ibu bapa.

Jika kita sering membebankan kedua ibu bapa, hidup memang mengecapi keberkatan dari-Nya, kerana ia adalah sumber rezeki para anak-anak.

2. Terlalu kedekut.

Antara salah satu punca rezeki anda menjadi sempit adalah, anda terlalu berkira-kira untuk bersedekah walaupun RM1. Anda menjadi takut sekiranya wang anda akan kehabisan sekiranya bersedekah. Malah, anda juga kedekut kepada kedua ibu bapa, adik-beradik dan juga sahabat handai. Anda mengatakan mahu berjimat dan mahu menyimpan wang. Takut nanti tiada dana kecemasan.

Ini bukan sahaja dipanggil kedekut, tetapi bakhil.

3. Memutuskan hubungan silaturrahim dengan adik-beradik.

Situasi ini juga sering terjadi dan menjadi kebiasaan pada mana-mana hubungan kekeluargan. Asalkan salah seorang adik-beradik membuat perangai buruk seperti berhutang, pasti mahu putuskan hubungan.

Ada juga yang berhutang dan tidak membuat bayaran balik, namun sekiranya adik-beradik lain sudah tidak mahu menolong kerana sikapnya sebegitu. Dia sendiri yang putuskan hubungan tersebut. Sudahnya diri sendiri dikelilingi dengan hutang yang jahat, kemudian tiada lagi adik-beradik mahu menolong kerana diri sendiri yang putuskan hubungan.

Jika tidak bertegur sapa3 hari berturut-turut di antara ahli keluarga pun, Allah SWT cela, inikan pula memutuskan hubungan silaturrahim. Tidak hairan hidup sentiada tidak tenang dan rezeki sempit.

4. Seorang yang pengotor.

Pengotor ini bukan sahaja dari aspek kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Akan tetapi, dalaman diri yang mengakibatkan diri menjadi kotor:

  • Hati yang kotor seperti asyik mengumpat, menyebarkan aib sesama umat, dengki dan sebagainya.
  • Kata-kata yang kotor seperti kata-kata negatif, kata-kata makian dan carutan.
  • Fikiran yang kotor. Rakan-rakan berbual seperti biasa tetapi fikiran asyik terbayang perkara yang kotor, padahal orang lain anggap ia biasa sahaja, anda pula lebih-lebih memikirkan yang tidak senonoh.

5. Melewatkan solat.

Anda mampu solat 5 waktu, tetapi sentiasa melewatkan solat pula. Sebagai contoh, anda lewatkan solat Zohor kerana mahu berdekatan dengan solat Asar walaupun tiada kerja yang mendesak. Anda lewatkan solat Maghrib, pada waktu hampir dengan solat Isyak kerana terleka bermain game.

Perkara sebegini juga adalah punca rezeki anda menjadi sempit.

Oleh itu, ubah sikap diri sendiri dahulu jika mahu dilimpahi rezeki yang berkat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen