“Lelaki Ini Kongsi Lubuk Rahsia Buat Suami Atau Isteri Yang Suka ‘Makan Luar’, Malah Tiada Istilah Hormati Privasi Pasangan Selepas Berkahwin”.

 

Masalah pasangan berlaku curang semakin membimbangkan ramai orang sejak akhir-akhir ini. Terutama jika mereka ini sudah bergelar suami atau isteri orang. Pastilah ada satu perasaan bimbang apabila terdapat pelbagai cerita berkaitan dengan orang ketiga ini. Kehadiran orang ketiga ini biasanya bukanlah perkara yang akan disambut dengan baik, malah ia adalah perkara yang akan disambut dengan pelbagai masalah lain.

Masalah pasangan berlaku curang ini bukan sahaja boleh belaku di tempat kerja, malah boleh berlaku melalui sosial media, ataupun dengan rakan baik anda sendiri. Orang kata, kalau hati nak curang itu pelbagai cara akan membawa dirinya ke arah kecurangan.

Dalam diam-diam dan tidak sedar, sebenarnya terdapat lubuk rahsia untuk suami-suami ‘makan luar’ apabila dirinya merasakan isterinya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan, lubuk rahsia ini tersangatlah mudah yang hanya bermain di hujung jari mereka sahaja. Banyak isteri-isteri tidak akan sedar kelakuan ini kerana apabila berada di depan mata suami-suami ini seumpama ‘pijak semut tak mati’.

Buat anda yang tidak tahu bagaimana perkara sebegini boleh berlaku dengan begitu mudah sahaja, mari ikuti perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir ini. Penjelasan yang cukup jelas bagaimana perkara sebegini boleh belaku.



Kombinasi Neraka ini dah lama sebenarnya. Yang tahu mengenai hal ni ada dua jenis. Satu, yang melayan benda ni, yang kedua mendiamkan sahaja benda ni.

Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk menjadikan anda semua tahu kewujudan kombinasi ini. Penulisan kali ini nampak 3 dalam 1 tapi semuanya bersangkut - paut.

Segala perniagaan ada supply dan demand. Ada yang offer, ada yang membeli. Namun, ada juga yang suka sama suka.

Kita mulakan dengan demand iaitu permintaan. Biasa kita dengar pasal suami makan luar kan? Ini makan luar yang berbayar. Lelaki, termasuklah yang berstatus suami orang banyak yang mencari keseronokan di luar.

Ini adalah seperti satu penyakit. Bila berbuat jahat itu menimbulkan rasa keseronokan dan ketagihan, ianya akan dibuat berulang kali. Sekali buat, rasa nak buat lagi. Cara yang mudah tanpa ada komitmen ialah dengan melanggan peIacur sambilan.

Dari mana datangnya supply atau bekalan pemuas nafsu? Bukan, bukanya dari lorong - lorong atau GR0 di kelab malam atau KTV. Bekalan ini lebih up to date dari dulu.

Bekalan dapat dari hujung jari sahaja.



Caranya mudah sahaja. Ada pelbagai laman web yang menawarkan servis "lebih dari sekadar kawan" ini. Hanya perlu daftar, masukkan info peribadi, gambar dan tunggu maklumbalas orang yang melihat. Laman web itu sebagai perantara atau platform sahaja sebenarnya. Takkan nak guna Facebook atau Instagram pulak kan?

Siapa yang menjadi bekalan ini? Ianya datang dari pelbagai peringkat umur dan kategori. Ada muda, ada yang berumur, ada yang sudah berkejaya, ada juga pelajar universiti dan kolej. Perempuan ada, lelaki pun ada.

Suami si hidung belang pula akan menggunakan laman web ini untuk membelek - belek gambar dan profile seperti membeli barang di Lazada atau Shopee. Hanya perlu masukkan peringkat umur dan jantina sahaja. Akan tersusun semua bakal pemuas nafsu yang berdekatan. Di dalam laman web tersebut juga ada fungsi CHAT yang membolehkan kedua - dua pihak ini berkomunikasi dan berinteraksi.

Langkah seterusnya, dengan menggunakan perkhidmatan Grab atau Teksi, bekalan tersebut akan sampai ke tempat yang telah dipersetujui, ada yang order sampai ke pejabat seperti order makanan, ada juga yang menetapkan tempat untuk berjumpa.




Pelajar yang dahagakan kemewahan.

Di tempat itu, mereka berdua akan dapat apa yang diinginkan. Suami si hidung belang akan mendapat kepuasan, pelajar pelacur sambilan pula akan dapat duit tambahan untuk berbelanja.

Rupanya di sebelah bilik sewa mereka, ada pasangan yang sedang memadu asmara. Di sinilah kategori berbayar dan kategori suka sama suka bertembung.

Rakan sekerja hingga ke katil.

Kawasan bilik sewaan ini menjadi amat sibuk pada hari JUMAAT. Tatkala ramai dari kita bersama - sama mengerjakan solat Jumaat di Masjid, pasangan ini bekerja bersama - sama di dalam bilik sewaan.

Kenapa saya menggunakan perkataan bekerja? Kerana kategori tidak berbayar dan suka sama suka ini datangnya dari PEJABAT ! 12:30 tengahari bermulanya masa rehat, akan digunakan rakan sepejabat ini sepenuhnya di tempat itu.

Jam 2 petang, mereka akan kembali bekerja seperti biasa dan jam 5 petang, mereka akan pulang ke rumah bersama anak dan isteri atau suami. Di rumah, pasangan mereka tidak tahu menahu pun mengenai aktiviti masa rehat suami atau isteri ini. Kehidupan diteruskan seperti tiada apa - apa yang berlaku. Keluarga ini nampak bahagia, ada yang suaminya nampak baik dan alim. Ada yang isterinya nampak solehah. Tetapi mereka menyimpan rahsia yang mendalam.

Gara-gara hormati privasi pasangan.



Faktor utama mengapa Kombinasi Neraka ini berleluasa dan tidak diketahui ialah kerana kedegilan pasangan untuk tidak mengambil tahu aktiviti suami atau isteri terutamanya dari telefon mereka.

Menghormati privasi pasangan? Inilah privasi yang digunakan sepenuhnya oleh pasangan anda. Sudah saya ingatkan berkali - kali. Jika pasangan tidak membenarkan anda melihat kandungan telefonnya, pasti ada benda yang disorok dan tidak mahu anda ketahui.

Mula ambil tahu mengenai pasangan anda. Walaupun kita boleh kata, jika pasangan nak buat jahat, tiada apa - apa di telefon pun mereka akan buat jugak. Itu betul, tetapi sekurang - kurangnya kita ada usaha untuk mencegah. Jangan salahkan takdir dan jodoh bila kita tak ambil tahu langsung mengenai aktiviti pasangan kita. Mencegah itu jauh lebih baik dari merawat. Tambahan pula, risiko penyakit dari jangkitan seksual ( STIs ) hasil dari hubungan seksual yang tidak selamat.

Sila rujuk : Myhealth

Kepada ibu - bapa pula. Berikan lebih perhatian kepada anak - anak yang masih belajar di universiti atau kolej. Perhatikan gaya hidup mereka. Jika secara tiba - tiba mereka hidup bermewah walaupun semasa masih belajar, perlu ambil tahu dari mana datangnya kemewahan itu. Kita tidak mahu kerja sambilan mereka itu melibatkan penjualan tubuh mereka.

Sudah sampai masanya kita bersama - sama membenteras Kombinasi Neraka ini. Berhenti menyalahkan pihak berkuasa sedangkan mata kita sendiri tertutup. Tiada lagi istilah "isteri ini ada anugerah boleh menghidu bila suami curang". Jangan terlampau yakin. Yang berantakan itu nanti anda dan keluarga sendiri.

Kongsikan pendedahan ini supaya lebih ramai lagi yang akan membuka mata. Kepada yang sedang melakukan perkara terkutuk ini, insaflah dan kembalilah kepada keluarga anda.

Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari Kombinasi Neraka ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,918 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen