"Kalau Isteri Menyakiti Hati Suami, Tandanya Derhaka, Tapi Bagaimana Jika Suami Sakiti Hati Isteri?"

 

Selalu kita dengar apabila seorang isteri itu tidak mendengar kata suaminya, tidak mengikut perintahnya, maka isteri tersebut akan jatuh derhaka dan menjadi seorang isteri yang nusyuz. Banyak perhal yang membolehkan seorang isteri itu menjadi seorang yang tidak taat kepada suaminya sedangkan kadang kala ia adalah perkara yang tidak disengajakan.

Tapi bagaimana pula dengan seorang suami? Adakah dirinya boleh memperlakukan sesuka hati mereka terhadap ister-isteri mereka ini. Adakah mereka boleh berlaku curang, mengabaikan isteri serta tidak mendidik isteri dengan betul tanpa apa-apa sebab?

Bukan ke seorang isteri, wanita dan perempuan ini peril dilindungi? Jika bergini pasti bukan melindungi bukan?

Jangan cepat melatah, pasti ada sahaja bahagian buat mereka. Mari ikuti perkongsian ini.



"Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Jawaban Ustaz :

"BERDOSA juga lah. Tetapi tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai Malaikat sebagai durhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.

Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.

Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.

Kerana isteri, tenang hati mu.

Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu apa adanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, baginya besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda.. wahai yang bergelar suami.

renungan sepintas lalu...

Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah:

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak-anaknya,

KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,

KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,

KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,

KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen