Suami Bertindak Selaku Ketua Keluarga, Jangan Biarkan Orang Lain Tentukan Rumah Tangga Anda.

 

Hadirnya orang ketiga ini sememangnya akan merosakkan hubungan rumah tangga yang telah kita bina dengan kasih sayang selama ini. Tidak kiralah ia datang dengan niat untuk memberi nasihat atau niatnya sememangnya untuk memusnahkan hubungan kalian. Apa yang penting kalian perlu bijak untuk menangani dan mengawalnya.

Pihak ketiga ini boleh jadi mereka yang digelar rakan anda, ibu bapa anda ataupun sememangnya pihak yang berlainan jantina. Bahaya jika anda hanya mendengar dekata sahaja tanpa buat usul periksa terlebih dahulu. Mana tidaknya, setiap perkara itu akan memerangkap emosi dan perbuatan anda.

Jadi sebelum nak marah, nak tengking pasangan kita itu, cuba tanya dulu atau cuba siasat dahulu. Jangan main serbu sahaja. Anda sepatutnya lebih kenal pasangan anda, macam yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini.



Suami, jangan biar orang lain yang tentukan perjalanan hidup rumahtangga anda...

"Azman, mak nak cakap sikit ni... Bini kau tu kalau mak ajak masak, selalu cakap penat, selalu tak nak tolong mak..."

"Yeke mak? Maafkan Man ya mak, Man tak didik dia betul-betul tu.. Mak jangan risau, Man akan perbaiki lagi perangai isteri Man..."

Then jumpa wife, "Ayang, mak ada cakap dekat abang yang ayang tak tolong dia td, ayang dekat penat dekat dia...betul ke?"

"Bila masa ayang tak tolong mak bang...ayang seharian dengan dia dekat dapur...itu 3,4 jenis lauk tu, ayang dengan dia la yang masak...abang tengok dapur bersih tak, siapa yang kemaskan? Ayang baru ja habis kemaskan dapur..."

"Laa, betul ke...hmm, mak ni...takpela, ayang tolong je mak mcm biasa ayang buat...Dia nak mengadu apa pun dekat abang, abang kenal ayang, abang tahu apa yang ayang buat dan ayang tak macam yang mak cakap tu..."

U can listen to others...mak bapak, adik beradik, ipar, biras, kawan-kawan, sepupu dan lain-lain...

But please make sure, keputusan yang bakal dibuat itu datangnya dari diri sendiri, keluar dari mulut sendiri setelah difikir oleh fikiran sendiri...

Org lain, dia boleh berkata apa saja tentang isteri kita, tentang keluarga kita tapi kita yang kena nilaikan...kita yang kena fikir masak-masak, betul atau tidak apa yang disampaikan kepada kita tu...

TAK kisahlah betapa rapatnya kita dengan org yang menyampaikan berita tu...

Tetap kena fikir sebelum buat apa-apa keputusan, sebelum ambil apa-apa tindakan...jangan biar org tu yang "tolong" buat keputusan on behalf kita...kalau kita biar, kita dh menunjukkan kelemahan kita sebagai seorang suami sebab org lain yang menentukan rumahtangga kita, dan bukannya kita...

Kalau rumahtangga kita runtuh disebabkan apa yang kita dengar tu, siapa yang harus kita salahkan? Diri sendiri, isteri atau mereka?

Maka, jangan dengar dari sebelah pihak sahaja...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen