Rimas Dengan Liang Pori Terbuka? Ini Cara Mengecilkannya.

 

Setiap orang pasti mempunyai masalah kulit yang tersendiri. Dan buat mereka yang tidak mempunyai masalah kulit adalah sangat beruntung. Namun begitu, tidak semestinya masalah kulit ini tidak boleh diubati, terutama jika anda di antara kalian yang mempunyai masalah pori terbuka.

Pasti rimas bukan jika anda lihat di cermin akan muka anda bersama pori yang terbuka itu. Pasti anda telah cuba pelbagai perkara untuk mengecilkan pori tersebut.

Seluruh kulit mempunyai liang pori – ia merupakan lubang-lubang kecil, meliputi wajah, lengan, kaki, dan mana-mana bahagian pada tubuh anda. Namun, kehadiran liang pori di wajah, agak kurang disukai terutamanya pori yang besar kerana ia akan lebih jelas kelihatan dan sedikit sebanyak menyebabkan pemilik wajah menjadi kurang berkeyakinan.

Tiada cara untuk membuatkan pori anda hilang atau tertutup sepenuhnya. Tetapi ada cara untuk membantu menjadikannya kelihatan kurang menonjol pada kulit. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara terbaik dan selamat menjaga liang pori agar kulit kelihatan lebih baik.



Mengecilkan pori

Pori memainkan fungsi yang penting – membenarkan peluh dan minyak untuk melalui kulit, menyejukkan tubuh dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat serta menyingkirkan toksin. Dan kulit wajah merupakan antara bahagian yang paling sensitif.

Berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membantu mengecilkan pori:

1. Pemilihan produk.

Produk yang mengandungi zink dan magnesium dapat membantu memulihkan keseimbangan minyak pada kulit dan menjadikan pori yang jelas kelihatan menjadi lebih kecil. Sesetengah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan seperti rosemary atau lavender, mungkin boeh menyebabkan kerengsaan.

Pilih produk yang tertulis ‘noncomedogenic’ – tidak akan menyumbatkan liang pori. Kandungan asid salisilik – dapat membantu tekstur kulit dan membuka liang kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit. Kandunagn retinol atau retinoid yang dipreskripsi kekuatannya, juga membantu mengelakkan pori dari tersumbat dan membuatkan ia kelihatan lebih kecil.



2. Kekal bersih.

Membasuh wajah merupakan antara satu langkah penyelesaian jangka masa pendek. Ia membantu mengelakkan pori dari mengembang kerana perlu menampung minyak berlebihan atau sebarang bahan lain. Ini bermakna dengan mencuci wajah, ia dapat mengurangkan risiko kehadiran jerawat dan membuatkan pori lebih bersih.

Gunakan produk pencuci wajah yang lembut, pilih pencuci yang dibuat untuk individu yang mempunyai kulit wajah biasa kepada kulit berminyak. Pastikan anda mencuci muka sebelum tidur dan elakkan untuk terlalu kerap mencucinya dengan terlaku kerap kerana ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.

3. Pengelupasan.

Melakukan pengelupasan juga merupakan salah satu penyelesaian jangka pendek. Digalakkan untuk dilakukan 2 atau 3 kali seminggu. Ia membantu menyingkirkan toksin terperangkap pada pori yang boleh membuatkan pori tampak lebih besar.

Dengan menggosok bersih muka anda, sebarang kekotoran atau pencemaran pada permukaan kulit akan disingkirkan bersama sel kulit mati. Ini sekali gus menjadikan kulit wajah anda lebih licin, tegang dan kurang berpori.

Sekiranya anda mengalami masalah pengeluaran jerawat yang agak kritikal, sebaiknya elakkan proses pengelupasan untuk mengelakkan gangguan atau masalah kepada jerawat anda.



4. Pelindung matahari.

Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF-30 setiap hari. Sebaiknya elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang.

Pelindung matahari adalah produk yang perlu ada bagi setiap individu. Kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan bukan sahaja mendedahkan kepada risiko kanser dan kedutan, malah ia membuatkan pori kelihatan lebih besar.

5. Topeng muka.

Pilihlah topeng muka berasaskan tanah liat kerana ia membantu menghilangkan minyak, kotoran, dan kulit mati di dalam liang-liang pori dan menjadikannya lebih kecil. Gunakan 1 atau 2 kali seminggu, tetapi bukan pada hari yang sama anda melakukan pengelupasan.

Melakukan pengelupasan dan menggunakan topeng muka tanah liat pada hari yang sama boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit.

6. Elakkan tidur bersama solekan.

Jangan pernah masuk tidur tanpa membersihkan muka. Membiarkan solekan pada wajah sepanjang malam – solekan, kotoran, minyak dan bakteria – hanya akan menyumbat liang-liang pori dan cenderung menyebabkan ia lebih mengembang (membesar), malah akan merosakkan kulit.

Untuk memastikan cucian solekan anda lebih bersih, anda boleh gunakan produk pembersih solekan terlebih dahulu sebelum mencuci wajah. Seandainya, anda terlalu malas dan tidak larat untuk membersihkan muka, cukuplah sekadar anda membuang solekan pada wajah dengan menggunakan tisu pembersih solekan.

Memiliki liang pori yang besar merupakan satu perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan selaras dengan pertambahan usia. Malahan, jika anda dilahirkan dengan jenis kulit berminyak atau gabungan, anda sememangnya lebih cenderung untuk memiliki liang pori wajah yang besar. Namun, tidak adalah salahnya jika anda mencuba langkah-langkah di atas. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan liang pori dari kelihatan jelas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen