"Rumah Tangga Hancur Bukan Kerana Sihir Jampi Atau Mentera, Tapi Disebabkan Sihir Waktu Kerja." Ustaz Hadi Jusoh.

 

Apabila sudah berkahwin ini, banyak perkara yang perlu kita jaga. Selain menjaga nama baik dan hati pasangan serta keluarga mertua, kita juga perlu menjaga tingkah laku kita ketika bersama orang lain. Kadang kala, kita anggap ia perbuatan biasa di antara rakan namun tanpa kita sedar ia sebenarnya punca keretakan rumah tangga kita.

Sebagai suami atau isteri orang ini, kita perlu sedar bahawa setiap yang kita lakukan itu akan memberi kesan kepada hubungan yang terbina. Jika terlalu mengikutkan kebiasaan, nafsu dan lain-lain lagi, tidak mustahil ia akan menjadi racun dalam rumah tangga yang terbina.

Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jusoh ini, ramai di antara kita tidak sedar bahawa satu kebiasaan kita itu akan memberi kesan kepada rumah tangga yang terbina. Semoga perkongsian darinya ini membuka mata mana-mana suami isteri agar lebih berhati-hati dalam setiap hal.



Hampir 2 tahun saya mengemudi Ikhtiar Sayaifa HQ, banyak kisah sihir yang saya jumpa. Yang paling banyak adalah sihir rumahtangga, namun ada juga rumahtangga yang hancur bukan sebab sihir jampi dan mentera, tapi disebabkan sihir waktu bekerja.

Si lelaki suami orang, si wanita isteri orang. Bila selalu berurusan, adab hubungan tidak dijaga, sayaaitan mula menghasut hati. Lama kelamaan mula merasakan "lelaki ini lebih baik dari suami aku", "wanita ini lebih bagus dari isteri aku".

Lagi-lagi jika kerja itu melibatkan tugasan berduaan, lelaki jadi ketua, wanita jadi pembantunya. Hubungan lebih mesra, lebih rapat lebih biasa.. Kalau dulu wasap untuk urusan kerja, lama-lama tak de kerja pun diwasap juga.

Dalam group staff ayat-ayat malam jumaat dipandang biasa. "nasik lemak" "tunggang kuda" dijadikan bahan jenaka oleh staff lelaki, sedang dalam group ada staff wanita juga, dan semuanya suami dan isteri orang belaka.



Sihir ini tak mengenal siapa, apa bidang dan siapa orangnya, hatta guru tahfiz guru agama punya banyak terkena. Mula dengan bibit-bibit ayat "ustazah punya pasal ana sanggup siapkan", "ustazah tolong belikan sarapan untukkku" - ayat-ayat seperti ini di mata kasar tak nampak jarum sihirnya, namun ia bisa mendatangkan prasangka pasangan, bisa menghancurkan rumahtangga yang telah ada.

Jika tak ditegur atau nasihat, ia bakal jadi pemusnah rumahtangga. Lagi-lagi jika wanita terus melayan atau biarkan. Maka makin hari makin tebal perasaan "dia lebih baik daripada suami aku", "dia lebih bagus dan cantik dari isteri aku".

Saat kita nak berwasap mesra dengan suami atau isteri orang, renung dan kenangilah rumahtangga kita. Baik buruk rumahtangga kita, itulah kebahagiaan kita, itulah ujian & pahala untuk kita.

Ingatlah bahawa saat kita merasakan orang lain lebih baik atau lebih cantik dari pasangan kita, saat itu bermulalah ujian yang datang menggoncangkan rumahtangga kita.

Mudah-mudahan menjadi renungan untuk semua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen