“Bila Hati Isteri Bahagia, Mereka Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Suami…” – Ustaz Ebit Lew.

 

Perkara yang melibatkan kecurangan rumah tangga ini sememangnya sangat menduga dan melukakan hati sesiapa sahaja yang tertipu. Tidak kiralah sama ada si suami keluar bersama wanita lain atau sebaliknya, pasangan kita berjumpa dengan jantina lain di belakang tanpa pengetahuan kita atau apa-apa pun yang melibatkan jantina lain dan menipu, itu semua adalah kecurangan.

Hanya orang yang pernah dicurangi sahaja yang pernah rasa bertapa terluka dan kecewa dirinya itu. Sesiapa pun tidak akan dapat memahaminya. Mana tidaknya, orang yang kita sayang, orang yang sanggup kita korbankan atau orang yang sanggup kita serahkan jiwa raga ini bermain kayu tiga di belakang.

Perkara-perkara sebegini hanya akan membuat ramai pasangan muda rasa takut untuk mendirikan rumah tangga kerana merasakan dalam rumah tangga itu penuh dengan kelukaan. Tidak semua orang akan menerima nasib begitu. Malah untuk bahagia, suami isteri yang perlu memainkan peranan mereka yang tersendiri.

Jika tidak mahu mahligai yang dibina itu musnah, mari baca sedikit nasihat dari Ustaz Ebit Lew ini. Semoga ia membuka mata suami-suami sebagai pelindung isteri malah membuka mata isteri sebagai bidadari isteri.



Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.

Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.

Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya "ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut.."

Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?

Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita...Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita... Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia.. mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.

Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda, cantik, best, seronok...bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.

Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..

Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.

Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..

Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,333 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen