Antara Pesanan Rasulullah SAW Kepada Para Suami Berkenaan Rumah Tangga.

 

Terlalu banyak pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya, dan antaranya adalah para suami dalam mengendalikan rumah tangga. Bukan hanya perlu banyak bersabar, malah perlu mendidik isteri menjadi wanita yang solehah. Ikuti perkongsian dari Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid ini....

Image may contain: 1 person

1. Jaga amanah Allah SWT, iaitu isteri dengan sebaiknya.

Rasulullah SAW meninggalkan wasiatnya khusus kepada kaum suami didalam bab perkahwinan. Didalam khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Rasulullah bersabda;

"Wahai sekalian manusia! Takutlah kamu kepada Allah SWT, di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah, dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah."

2. Jaga makan, minum dan pakaian dengan baik, jika isteri jujur dan setia.

Dan Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri mereka daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan mereka. Dan Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepada kamu, maka wajib ke atas kamu untuk menjaga mereka dengan makanan dan pakaian yang baik.

Ini adalah pesanan Rasulullah SAW didalam khutbah terakhirnya kepada kaum lelaki. Sesungguhnya kaum perempuan itu dihalalkan kepada kamu adalah amanah daripada Allah SWT, dan kamu akan dipertanggungjawabkan kepada Allah SWT.

Perkahwinan itu bukan hanya nafkah zahir dan batin saja.

3. Jadikanlah isteri sebagai wanita yang solehah.

Bukan hanya urusan kerja dengan siapa, makan dengan siapa , bercakap dengan siapa. Tetapi paling penting sekali ialah untuk mentarbiyah untuk menjadikan mereka wanita solehah. Tanggungjawab itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Akad hubungan suami isteri sudah diambil satu janji atau ikatan yang berat iaitu amanah dari Allah dan Rasul-Nya.

Ramai orang Islam dizaman kita sekarang dalam masalah perkahwinan hanya tahu mengucapkan; "Saya terima."

Kamu ambil perempuan itu sebagai isteri, adalah amanah daripada Allah SWT. Dikatakan amanah daripada Allah walaupun yang menikahkan perempuan itu adalah walinya, mungkin bapanya atau sesiapa sahaja. Ataupon mungkin wali hakim.


BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS ISTERI.

Hakikat penyerahan amanah itu adalah daripada Allah SWT kepada ayahnya. Ianya diserahkan kepada orang yang bertanggungjawab. Dalam hal ini lelaki yang menerima seorang perempuan untuk dijadikan sebagai isteri. Dia telah menerima amanah daripada Allah. Dan dia bertanggungjawab akan amanah tersebut kepada Allah SWT.

BERIKAN NAFKAH SECUKUPNYA.

Bukan hanya di dalam memberi nafkah makan dan minum ataupun nafkah batin, tetapi nafkah tarbiyah, pendidikan untuk menjadi seorang wanita solehah. Perkahwinan itu bukan hanya kata aku terima bila suka, aku ceraikan bila tak suka. Dan jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia melakukan apa sahaja daripada kenikmatan keduniaan.

JAGA AKHLAK ISTERI.

Memberi apa sahaja tanpa diperhatikan solatnya atau hijabnya. Tanpa diperhatikan dengan siapa si isteri bergaul, keluar dengan siapa? makan dan minum dengan siapa? Jangan menjadikan diri kamu seperti orang yang dikatakan oleh baginda Rasulullah SAW sebagai dayus.

Siapakah itu dayus wahai Rasulullah?

Jawab baginda Rasulullah SAW;

"Orang yang tidak tergugat maruahnya terhadap isterinya dan keluarganya. Rasulullah SAW menggambarkan bahawa perkahwinan ini amanah daripada Allah SWT. Maka suami bertanggungjawab kepada Allah.

JADIKAN RASULULLAH SAW SEBAGAI TELADAN DALAM MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB.

Yang kedua adalah wasiat daripada Rasulullah, maka si suami juga bertanggungjawab kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda;

"Saya berwasiat kepada kamu wahai suami terhadap isteri kamu, untuk kamu berbuat baik kepada mereka. Maksudnya berbuat baik itu bukannya melayan kesemua keinginannya. Tetapi memberikan apa yang telah diaturkan didalam hukum hakam agama islam untuk mereka. Dan ini akan membuahkan kebaikan kepada mereka."

Dan Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan dalam ilmu rumahtangga. Lihat cara Rasulullah melayani Isteri baginda. Rasulullah lah yang paling sibuk sekali dari kita. Walaupun sibuk dengan urusan umat, Rasulullah SAWsentiasa punya masa bersama keluarga? Bagaimanakah cara Rasulullah melayani isteri-isterinya menguruskan kerja rumah?

Rasulullah SAW tidak memaksa isterinya melakukan perkara-perkara yang berat. Sebaliknya sentiasa dibantu bagi meringankan beban keluarga. Lihat contoh terbaik ini, Rasulullah SAW mencuci pakaian sendiri, memerah susu kambing dan biasa pergi ke pasar membeli keperluan keluarga sendiri. Tidak pernah Rasulullah berasa malu atau enggan walaupun Rasulullah SAW adalah seorang Rasul.

Apa lagi yang lebih berat daripada tanggungjawab ini? Tanggungjawab kepada Allah dan juga kepada Rasul-Nya. Bilamana seseorang itu berkahwin, pasangan suami isteri itu akan menjadi satu dalam segala halnya. Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya, bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirah.

Dan Allah SWT meletakkan kebaikan yang banyak kepada perkara yang kamu tak suka. Sesungguhnya apa yang kamu suka itu tidak semestinya baik buat kamu. Dan apa yang kamu benci itu tidak semestinya buruk buat kamu. Sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui.

Semoga Bermanfaat!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,904 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen