Cara-Cara Untuk Mengelak Makan Banyak Apabila Pulang Ke Kampung Halaman.

 

Pulang ke kampung halaman, mana boleh tak jamah masakan ibu, kecewa hati ibu nanti. Ramai sahaja dikalangan kita sebagai anak tidak sanggup untuk tidak menjamah kerana air tangan ibu pastinya melazatkan. Malah, siang dan malam ada sahaja masakan dan lauk kampung yang amat menyelerakan.

Bagi mereka yang sedang diet pasti berasa bersalah kan?

Nak makan, nanti berat badan naik.

Tak makan, ibu pula kecil hati nanti.

Jadi, macam mana untuk hadapi situasi sebegini? Ikuti 5 cara mudah ini…

1. Pulang dengan cara mengejut.

‘Surprise..’

Pasti ibu anda tidak menjangka kehadiran anda. Situasi sebegini selalunya pasti ibu anda tidak masak dengan banyak pada hari tersebut, malah bahan masakan pun hanya cukup untuk orang yang berada di rumahnya sahaja. Jika tinggal berdua dengan bapa anda, sudah tentu sedikit sahaja bahan masakan.

Dengan kehadiran yang mengejut ini, beritahu sahaja pada ibu anda, yang anda tidak kisah walaupun makanan tinggal sedikit. Tunggu esok hari untuk masak bersama-sama. Dengan cara ini, anda boleh ‘skip’ untuk tidak makan banyak hari tersebut.

2. Maklumkan pada ibu dengan awal untuk masak dalam portion yang sedikit.

Jika anda tidak mahu memberi kejutan pada kedua ibu bapa, beritahu ibu anda dengan baik untuk tidak masak dengan banyak. Nanti, takut berlaku pembaziran makanan pula.

Tetapi gunakan ayat yang sedap di dengar seperti..

“Mak, orang diet ni, masak sikit je, nanti tak habis makan, bazir pula”

Jangan gunakan ayat seperti…

“Mak, jangan masak banyak tau…”

Sudah tentu ibu anda akan jawab “Eh, kenapa pula tak boleh masak banyak? Suka hati mak la nak masak…”

3. Letak lauk dengan banyak.

Jika anda mengutamakan sayuran dalam makanan anda, letak lebih sayur, kemudian protein seperti ayam, ikan atau daging. Nasi anda boleh letak dalam portion yang sedikit sahaja seperti besar tumbukan anda sendiri. Jika anda menggunakan cara sebegini, orang sekeliling akan melihat anda masih lagi boleh makan, tetapi tidak melihat kuantiti yang anda ambil.

Habis lauk, tambah lauk. Ini untuk mereka yang takut nak makan nasi, kerana diet karbohidrat. Makan lauk juga boleh mengenyangkan.

4. Makan buah-buahan terlebih dahulu.

Selain daripada itu, anda juga harus rajin ke dapur untuk menolong ibu memasak. Sambil-sambil tu tolong potong buah-buahan, kemudian makan buah terlebih dahulu. Ini juga untuk mengelakkan diri anda makan terlalu banyak ketika menjamah makan tengah hari atau makan malam.

5. Mulakan dengan diri sendiri, abaikan kata-kata orang lain.

Dan yang penting adalah, ianya bermula dari diri anda sendiri untuk berdisiplin tidak menjamah makanan dengan banyak. Balik kampung halaman sahaja, bertambah-tambah nasi sehingga 3 pinggan. Kawal diri anda jika anda sedang ber-diet.

Jika susah sangat nak diet ketika di kampung halaman, jangan lupa bersenam. Jika betul-betul mahu diet, balik kampung pun jangan lupa bersenam. Jangan salahkan diri sendiri jika berat badan mudah naik.

Selamat Beramal dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen