Bukan Sekadar Bayar Ansuran Setiap Bulan Sahaja, 5 Bejat Ini Perlu Anda Sediakan Apabila Miliki Sebuah Kereta.

 

Lihat orang memakai kereta baru, pastilah ada yang menginginkan juga. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang baru setahun bekerja sudah memilih kereta sebagai benda yang ingin dimiliki. Pantang nampak reka bentuk lawa sedikit atau keluaran terbaru, pasti hati sudah meronta-ronta ingin memiliki kereta tersebut.

Tengok orang pakai kereta baru ini memang seronok. Macam tiada masalah yang perlu difikirkan. Malah bebas ke sana ke sini tanpa ragu-ragu.

Nak beli kereta ini memang mudah, dah miliki kereta idaman lagi lah seronok. Tapi selalunya kita lihat orang hanya bercakap mengenai ansuran bulanan yang perlu dibayar pada bank sahaja, yang lain-lain tak ada pula nak dikongsikan.



Di sini, artikel ini telah kongsikan 5 perkara lain yang perlu anda sediakan apabila miliki sebuah kereta.



1. Takaful atau insurans.

Anda perlu ‘renew’ Takaful atau insurans setiap tahun. Bayaran pula bergantung kepada nilai kereta di pasaran. Makin mahal kereta, makin banyak la bajet yang perlu disediakan untuk Takaful atau insurans.

2. Cukai Jalan.

Untuk ‘renew’ cukai jalan, kita perlu ada takaful atau insurans dulu. Harga pula bergantung kepada enjin (cc) kereta. Makin besar enjin (cc), makin mahal la cukai jalan. Ini pun kena ‘renew’ setiap tahun atau minimum 6 bulan.

3. Kos Petrol (Minyak).

Nak bawa kereta baru memang best. Tapi nak bergerak, jangan lupa kereta perlukan petrol. Kebiasaannya, makin besar enjin (cc), makin banyak penggunaan minyak, dan makin banyak la kos petrol.

4. Penyelenggaraan.

Untuk pastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik, kereta perlu diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Kebiasaannya dari 3 bulan ke 6 bulan sekali. Kos servis pula bergantung pada jenis servis, kalau servis ‘minor’ murahlah sikit dari ‘major’. Itu pun mencecah ratusan ringgit juga.

Jangan nanti kereta rosak sebab tidak dibuat penyelenggaraan berkala disebabkan tiada bajet. Kesudahannya nanti, duit habis untuk membaiki kerosakan kereta.

5. Duit Kecemasan.

Jangan lupa komponen ‘wear and tear’ seperti tayar dan bateri. Komponen ini tidak dilindungi oleh ‘warranty’ daripada pihak pengeluar. Harga bateri dan tayar pun dah mencecah ratusan ringgit.

Sebagai contoh, harga bateri kering jenama Century berharga lebih kurang RM 350. Tayar jenama GoodYear pula dalam RM 200 sebiji, kalau 4 biji dah RM 800.

Fikir Masak-Masak Terlebih Dahulu Sebelum Nak Beli Kereta.

Kesimpulannya, untuk anak-anak muda yang tengah merancang untuk membeli kereta, jangan lupa bajet lain yang perlu disediakan selain ansuran bulanan. Jangan nanti, kereta tak bergerak sebab takde bajet nak isi petrol, atau takde bajet nak ‘renew’ Takaful/insurans atau cukai jalan. Penyudahnya, kereta hanya diletakkan di bawah ‘parking’ dan naik motor atau LRT saja.

Ansuran bulanan masih perlu dibayar walaupun kereta tak bergerak. Yang paling penting, kita perlu mengukur baju di badan sendiri sama ada mampu atau tidak untuk memiliki sebuah kereta.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen