“Suami Tidak Perlu Untuk Tagih Hormat Dari Isteri Kerana Ia Akan Datang Sendiri..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Secara lahiriahnya, kita sebagai manusia perlu perbaiki diri sendiri dan berusaha menjadi yang lebih baik supaya dikurniakan rezeki dari-Nya, termasuklah jodoh yang baik. Begitu juga dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memberi dan menerima supaya kebahagiaan itu saling dikecapi.

Antaranya adalah tanggung jawab sebagai seorang suami yang terlalu menagih daripada seorang isteri untuk taat dan hormat pada dirinya sedangkan tidak cukup 8 elemen penting seperti perkongsian dari saudara Najmi Nawawi ini…

********

Hormat Bukan Ditagih Tetapi Diraih.

Sebagai seorang lelaki, aku akan tulis apa yang perlu kita (suami) usahakan untuk mendapat kasih sayang atau hormat dari isteri.

1. Solat.

Hidup bertuhan. Ini ialah kunci utama yang sangat penting kita laksanakan sebagai tanggungjawab kita hidup di muka bumi ini. Jika hubungan dengan Allah baik, insyaAllah hubungan dengan manusia pun akan jadi baik. Kalau solat pun kita tidak tunaikan atau bermalas-malasan, hilang satu kreadibiliti untuk kita dihormati pasangan.

2. Nafkah.

Begitu juga dengan wang ringgit yang diberi untuk isteri 'simpan' bukan digunakan untuk keperluan perbelanjaan keluarga. Bahkan, nilai-nilai agama dan emosi juga sebenarnya satu nafkah yang perlu ditunaikan. Utamakan kebahagiaan isteri terlebih dahulu, baru fikir diri sendiri. Jangan terlalu mengikut kehendak diri tanpa 'concern' keperluan pasangan.

3. Kepimpinan.

Tunjuk contoh yang baik dalam merancang hala tuju keluarga. Bentangkan perancangan dan suka berbincang dengan pasangan. Tidak 'keras' dan ego dengan pandangan sendiri sahaja. Semuanya boleh dibawa berbincang dan jadi suami yang matang. Cukup-cukuplah dengan perangai kebudak-budakkan, anak pun sudah ramai.

4. Sosial.

Tahu limitasi dan cara mengendali hubungan sosial dengan baik. Banyakkan berfikir tentang diri sendiri dan keluarga, bukan bercakap tentang orang lain. Kerana orang yang hebat sentiasa berfikir untuk maju kedepan. Jangan buang masa dengan perkara remeh temeh, kerana kita perlu memiliki agenda yang besar untuk dilaksanakan. Tunjuk contoh depan isteri bahawa kita seorang yang matang dalam hubungan sosial. Mudah.

5. Kewangan.

Mempunyai perancangan kewangan yang baik. Tahu apa yang lebih penting dan perlu diutamakan. Paling penting ialah ukur baju di badan sendiri. Jangan buat pilihan yang salah dan gopoh dalam hal-hal yang melibatkan kewangan dan komitmen.

6. Keibubapaan.

Menjadi perancang dan 'kepala' dalam pembentukan ahli keluarga. Bukannya berharap pada isteri semata-mata, namun kita sebagai suami perlu lebih arif dan mampu memberi panduan kepada keluarga tentang bagaimana membesarkan anak-anak.

7. Kerjaya.

Mempunyai kerjaya yang stabil, dan kalau boleh turut mempunyai 'part time' yang mampu menggantikan kerjaya hakiki sekiranya berlaku perkara yang tidak baik pada kerja hakiki. Lebih baik lagi ialah, gaji kerja 'part time' lebih lumayan dari kerja hakiki. Tidak mustahil.

8. Kesihatan.

Sentiasa membawa ahli keluarga kepada penjagaan kesihatan yang baik khususnya dari bab makanan dan kebersihan. Sediakan makanan-makanan yang sihat (seimbang) untuk seisi keluarga. Begitu juga dengan memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, sampah dibuang sempurna dan rajin membantu kemaskan rumah.

Aku rasa, kalau kita boleh 'improve' 8 perkara di atas, percayalah kebahagiaan itu akan datang sendiri pada kita. Buat baik pada orang yang kita sayang, insyaAllah perkara-perkara yang baik juga akan datang kembali pada kita.

p/s : Kita semua manusia biasa dan tidak sempurna, namun apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen