Antara Kesan Emosi Yang Anda Alami Sekiranya Mengalami Masalah Kewangan.

 

Menurut kajian, sekiranya individu mengalami masalah kewangan, mereka akan mengalami 3 stress atau tekanan secara berturutan iaitu…

1. Acute stress (stress kecil).

Acute stress merupakan stress yang paling banyak dialami oleh semua lapisan masyarakat di mana puncanya adalah disebabkan oleh kehendak harian dan tekanan yang dihadapi. Perkataan “stress” mungkin membiarkan kita mengandaikan bahawa ianya tidak bagus tetapi pada hakikatnya acute stress memberikan kita perasaan kegembiraan dan keseronokan apabila stress itu berada dalam dos yang kecil.

2. Episodic stress (stress berepisod).

Acute stress yang dialami terlalu kerap pula ialah episodic stress. Stress sebegini selalunya dapat dilihat dalam diri individu yang sering meletakkan matlamat atau cita-cita yang tidak realistik dan mengalami stress akibat daripada tidak mampu mencapai matlamat dan cita-cita tersebut. Episodic stress berbeza dengan chronic stress dimana ianya akan hilang dari semasa ke semasa tetapi ia juga tidak sekerap acute stress.

3. Chronic Stress (stress kronik).

Manakala chronic stress pula bertentangan langsung dengan acute stress di mana ini adalah bersifat bahaya dan tidak sihat. Stress jenis ini selalunya disebabkan oleh terdedah kepada punca stress dalam jangka masa yang panjang dan stress ini boleh membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan psikologi.

Malah, dengan tekanan atau stress ini akan menjejaskan

  • Emosi.
  • Pemikiran.
  • Tiada pertimbangan.

Sebagai contoh, emosi atau perasaan seperti marah dan sedih akan memberi kesan kepada cara kita berfikir untuk membuat keputusan atau tindakan yang perlu diambil lalu ia memberi kesan juga dalam pertimbangan kita untuk melakukan respon yang terbaik.

MENDORONG KEPADA KEMURUNGAN.

Secara ringkasnya, kesan stress secara psikologinya akan menjejaskan proses pemikiran kita atau juga dikenali sebagai proses kognitif. Kesusahan ekonomi juga mampu membawa kepada kemurungan. Kajian di Amerika Syarikat untuk menguji kesan psikologi sewaktu berada dalam kesusahan ekonomi pada era krisis ekonomi didalam tahun 1983 menunjukkan bahawa kita akan mengalami stress dan kemurungan ketika berada dalam kesusahan kewangan atau krisis.

MENDORONG INDIVIDU BERPUTUS ASA.

Kajian tersebut juga menunjukkan responden lebih cenderung untuk berputus asa dalam merancang masa depan kerana tidak dapat melihat diri mereka dalam keadaan yang lebih baik dari segi kewangan. Ianya amatlah penting bagi kita untuk terus berada dalam keadaan berwaspada akan kesan-kesannya jika kita tidak mampu menangani masalah ketika berada dalam kesusahan kewangan.

KESAN YANG BURUK PADA ANAK-ANAK JUGA.

Masalah kewangan juga secara tidak langsung mempunyai kesan terhadap kanak-kanak. Mereka akan bertindak balas terhadap situasi ibu bapa mereka dengan menonjolkan sikap yang tidak elok sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Oleh hal yang demikian, tidak hairan anak-anak kurang menerima stimulasi yang menggalakkan pembelajaran. Mereka tiada minat hendak belajar dan pada masa yang sama akan sukar bagi mereka untuk mendapatkan ketenangan minda.

Seperti yang diketahui ramai, kanak-kanak ibarat span dimana mereka meresap masuk segala perkara yang berlaku dikeliling mereka kerana itulah cara bagi mereka belajar. Oleh itu, berkemungkinan besar juga apabila kanak-kanak tersebut menjadi dewasa dan mengalami situasi kewangan yang sama, reaksi mereka juga akan serupa dengan ibu bapa mereka atau lebih teruk daripada itu.

Bagi individu yang sedang bekerja perlulah menyediakan payung sebelum hujan. Belajarlah menguruskan kewangan dengan bijak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen