Antara Sebab Whatsapp Adalah Punca Seseorang Menjadi Stress.

 

Siapa sangka dengan aplikasi whatsapp sahaja, mampu membuatkan seseorang berasa tertekan dengan kehidupan sendiri. Dengan perkembangan teknologi masa kini, whatsapp bukan sahaja menjadi punca sesuatu hubungan itu menjadi renggang atau berlakunya perpisahan, ia juga boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan.

Elemen ini kelihatan kecil, namun mampu memberi impak yang besar pada individu jika overthinking. Apa yang menyebabkan seseorang itu menjadi overthinking sehingga stress? Jom ketahui melalui 5 sebab ini…

1. Jika seseorang hilang secara tiba-tiba.

Salah satu punca yang menyebabkan seseorang individu berasa tertekan dengan whatsapp adalah apabila pasangan/rakan/ahli keluarga mula menghilangkan diri di pertengahan perbualan. Emosi individu tersebut boleh terganggu seketika, kerana asyik memikirkan ke mana hilangnya insan yang whatsapp bersamanya sebentar tadi.

Fikiran terganggu ini boleh menyebabkan seseorang menjadi tidak fokus pada kerja yang akan dilakukan selepas itu. Malah ia mendorong untuk kita menjadi overthinking seperti:

  • Kena culik ke?
  • Pengsan kat bilik air ke?
  • Tercekik ke masa makan tadi?
  • Kemalangan ke?

Ada sebab sekiranya kita memerlukan update daripada seseorang setiap masa.

2. Penggunaan emoji dan tatabahasa yang kurang menyenangkan.

Sudah sedia maklum, pasti ramai dikalangan kita tahu tentang tatabahasa atau ejaan untuk digunakan sekiranya sedang whatsapp.

“Kau ni macam budak wechat lah…”

  • Aku = Aq
  • Sangat = Sanad
  • Hater = Heater
  • Sebab =Bub
  • Kau = Kaw
  • Alright = Or8

Malah, setiap perkataan dijadikan sebagai emoji pula. Emoji yang terlalu banyak juga mampu membuat seseorang menjadi stress kerana tidak faham dengan perbualan tersebut.

3. Mempunyai group whatsapp lebih daripada 3.

Menurut kajian, sekiranya anda memiliki lebih daripada 3 group whatsapp ia mampu membuat individu menjadi tertekan. Mungkin kerana terlalu banyak isu untuk dibacakan, isu pula berulang-ulang dan sama sahaja setiap group, kemudian jika tidak mute group tersebut bunyi notification yang membuat seseorang serabut dan sebagainya.

4. Spam isu yang sensitif dan negatif.

Mungkin yang suka spam group whatsapp tiada kerja untuk dilakukan. Atau hidupnya hanya dengan telefon bimbit 24/7 sahaja. Individu yang suka spam gambar atau video terutamanya topik yang sensitif dan negatif ini mampu mendorong seseorang menjadi tertekan.Sudahlah minda mudah terpengaruh dengan isu negatif, kemudian jenuh pula nak delete satu persatu.

Tidak hairan sekiranya group tersebut ramai yang left.

5. Menerima whatsapp diluar waktu kerja.

Isu ini sering terjadi pada mereka yang bekerjaya. Majikan sering whatsapp diluar waktu kerja, hanya semata-mata untuk ingatkan kerja yang perlu dibetulkan, kerja untuk esok pula, mungkin kerja untuk lusa, bulan depan, tahun depan dan sebagainya.

Jangan ganggu pekerja anda diluar waktu kerja. Dan jangan marah sekiranya mereka tidak memberikan sebarang respon kerana itu hak mereka. Mahukan kerja yang tiptop dari pekerja anda sendiri, jangan buat mereka stress!

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,488 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen