Tanda-Tanda Anda Sedang Berdepan Dengan Masalah Kewangan Tanpa Sedar.

 

Setiap orang tidak akan pernah lari dari masalah kewangan ini, cuma yang membezakannya adalah mereka mengambil pengajaran daripada perkara tersebut ataupun tidak. Masalah kewangan adalah perkara yang sangat merunsingkan sesiapa sahaja, hinggakan nak tidur malam juga tidak lena.

Dalam masalah kewangan anda perlu bijak untuk menguruskannya. Tidak salah jika anda berjimat cermat dan sedikit kedekut dalam setiap perbelanjaan, itu semua untuk kebaikan anda juga.



Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan itu lebih baik dari membiarkan diri kebasahan. Jadi anda pilih yang mana? Aman tanpa masalah kewangan ataupun runsing memikirkan hutang yang menggunung?

Sesetengah daripada kita ini tidak sedar bahawa dirinya mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan mereka. Sehinggalah mereka merasakan beberapa perkara seperti di bawah ini.



1. Tidak tahu wang pergi ke mana.

Setiap bulan gaji akan habis begitu sahaja tanpa tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan. Apa yang boleh lihat tiada simpanan yang tetap, tiada bayaran untuk insuran ataupun tiada dana untuk kecemasan. Semuanya habis dibelanja dari awal hingga akhir bulan. Bahkan setiap hujung bulan hanya mengharapkan duit gaji segera masuk sahaja.

Jika anda berdepan masalah ini, anda perlu berhati-hati terhadap setiap perbelanjaan anda. Semuanya akan memberi kesan kepada anda sendiri kelak.

2. Bil mula tertungak.

Setiap bulan ada sahaja bil-bil yang tertunggak yang anda sendiri tidak mampu untuk selesaikan sekaligus. Ini kerana, wang yang ada itu perlu digunakan untuk kepentingan yang lain ataupun untuk membayar hutang yang lain. Jadinya bil-bil semakin bertunggak setiap bulan. Jangan dah kena potong baru nak sedar pula ya.

3. Hutang terlalu banyak.

Membeli barangan sememangnya seronok, tetapi yang tidak seronoknya adalah anda membelinya secara hutang. Jadi setiap bulan anda perlu membayar segala hutang yang telah anda buat malah, anda sentiasa menambah hutang anda dengan lambat membayar hutang-hutang tersebut. Bila nak selesai ini?



4. Kad kredit sebagai pendapatan tambahan.

Jika anda telah menggunakan kad kredit sebagai pendapatan tambahan anda, itu bermakna anda sudah berdepan dengan masalah kewangan yang serius. Anda seharusnya menggunakan kad kredit ini apabila perlu sahaja, bukanya untuk membayar segala keperluan anda.

5. Berbelanja dengan duit simpanan.

Buat mereka yang miliki simpanan, adalah lebih elok jika gunakan simpanan dahulu tetapi jika simpanan anda semakin sedikit itu bermakna anda berdepan dengan masalah kewangan. Menggunakan wang simpanan bukan jalan selamat jika anda tidak bijak meguruskan kewangan anda. Nanti lama-lama akan habis juga jika tidak berjimat.



6. Rasa tidak tenteram.

Apa yang boleh dirasakan apabila tidak memiliki wang ini adalah, anda akan merasa tidak tenang malah kerap memikirkan cara untuk menambah wang. Tetapi usaha tiada. Apa yang lebih menyedihkan lagi, anda akan sentiasa memikirkan hutang-hutang yang telah anda lakukan. Itu pun jika anda sudah sedar bahawa anda mempunyai masalah kewangan.

Banyak orang tidak sedar dirinya berdepan dengan masalah kewangan ini. hal ini kerana, selagi dirinya mempunyai duit setiap bulan, bermakna dia masih mampu teruskan hidup serta rutin hariannya. Sedangkan tanda-tanda seperti ini menunjukkan anda mempunyai masalah kewangan yang serius.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen