Sebelum Ingin Membeli barang Mewah Di Luar Kemampuan Anda, Cuba Tanya 5 Soalan Ini Pada Diri Anda Dahulu.

 

Perkara yang paling orang suka apabila memiliki wang adalah dengan berbelanja mengikut kemahuan dirinya. Malah bertambah seronok apabila wang yang ada itu tidak perlu untuk disimpan atau perlu difikrkan untuk kegunaan lainnya.

Membeli barangan yang mewah serta berjenama ini sememangnya keinginan ramai pihak. Tapi masalah kewangan dan hanya sekadar makan gaji sahaja menyebabkan ramai yang membatasi perkara ini. Tetapi ada sahaja yang sanggup membeli walaupun terpaksa berhutang.



Buat anda yang sukakan barangan mahal dan mewah, cuba anda tanya 5 soalan pada diri anda terlebih dahulu.

1. Anda mampu membelinya?

Perkara yang paling mudah untuk dijawab adalah sama ada anda boleh membeli barang tersebut secara tunai ataupun hutang. Terutama jika ia melibatkan barangan seperti handbeg, baju, atau kasut berjenama. Barang ini berbeza dengan rumah atau kereta. Jadi anda perlu pastikan bahawa anda mampu membelinya secara tunai bukan berhutang menggunakan kad kredit. Ini kerana pembelian ini akan menyebabkan kerugian kewangan.



2. Adakah pembelian ini perlu?

Cuba fikirkan semula, jika anda membeli barang yang anda mahukan itu, bagaimana dengan hujung bulan anda malah bagaimana dengan hutang-hutang yang lain. Jadi jika anda membeli adakah ia berbaloi untuk memuaskan kehendak anda sahaja?

Fikirkan bahawa barang tersebut akan digunakan seberapa kerap? Jika anda hanya menggunakannya jarang sekali, sangat tidak berbaloi jika anda berhutang itu perkara tersebut.

3. Adakah pembelian ini akan meningkatkan hidup anda?

Ingat bahawa wang adalah salah satu sumber yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti hidup anda secara menyeluruh.

Apabila anda akan membuat pembelian, penting untuk mempertimbangkan sama ada ia boleh memberi kesenangan atau tidak. Sebagai contoh, anda membelanjakan wang untuk mengembangkan wawasan, pengalaman baru, atau kenangan yang sukar dilupakan.

Anda tidak akan menyesal perbelanjaan seperti di atas, kerana ia dapat memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup.



4. Adakah pembelian ini sesuai dengan gaji anda sekarang?

Sebelum anda membayar untuk barang tersebut, cuba fikir kembali adakah barang tersebut sesuai dimiliki dengan gaji anda sekarang? Dengan anda hanya memiliki satu kerja sahaja?

Jika wang gaji anda mempunyai lebihan banyak selepas membeli barang tersebut, tiada masalah tetapi menjadi masalah apabila tiada lagi wang selepas itu.

5. Jika anda membeli barangan ini, apa risiko terhadap matlamat anda.

Setiap orang pasti mempunyai matlamat untuk membeli kereta atau rumah. Tetapi jika wang anda banyak habis ke arah seperti ini, apa akan jadi pada matlamat anda. Anda rasa ia tidak memberi kesan atau sebaliknya?

Setiap pembelian yang perlu anda lakukan itu perlu diukur terhadap kemampuan anda dahulu. Jangan gara-gara anda terlalu mengikut rakan-rakan anda, anda sanggup menanggung hutang malah menahan lapar sebelum tiba hujung bulan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen