Tanda-Tanda Anda Sebenarnya 'Miskin' Dan Tidak Mampu Menampung Bakal Isteri.

 

Menjadi seorang lelaki yang akan bergelar suami kelak, banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Untuk menjaga amanah Allah SWT iaitu pasangan anda, bukan hanya dengan melayan kerenahnya semata-mata. Akan tetapi perlu bertanggung jawab untuk memberi nafkah seperti:

  • Rumah yang selesa.
  • Makan dan minum.
  • Pakaian yang menutup aurat.
  • Kos perubatan atau melanggan takaful perlindungan untuk satu keluarga.
  • Barang penjagaan diri isteri.

Selagi semua perkara di atas di dalam kemampuan.

Oleh sebab itu, aspek ekonomi dalam keluarga sangat penting untuk mendorong para suami mampu memberi nafkah kepada isteri kelak. Namun, anda sebenarnya kurang berkemampuan untuk menampung bakal isteri sekiranya…

[Sebagai Contoh Anda Berpendapatan RM3000, sebulan.]

1. Membeli kereta di luar kemampuan.

Ramai anak muda mahukan kereta yang mahal dan berjenama kerana ikut trend semata-mata. Bagi mereka yang membeli kereta di luar kemampuan adalah apabila ansuran bulanan kereta melebihi daripada pendapatan sendiri.

Jadi, sangat penting bagi anak muda tahu untuk membuat kira-kira dengan membeli kereta dalam kemampuan sendiri.

Gaji Bersih (dah tolak kwsp, socso dan seumpama dengannya) x 12 bulan = Harga kereta yang anda sebenarnya mampu milik.

Contoh: RM3000 x 12 = rm36,000

Malah anda perlu pastikan, ansuran bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji anda, lagi rendah lagi bagus.

Contoh: RM3000 x 15% = RM450

Maka, anda hanya mampu memiliki kereta yang berharga RM36,000 dengan ansuran RM450 ke bawah. Jika anda memiliki kereta lebih apa yang sepatutnya, tidak hairan sekiranya tiap-tiap bulan asyik tiada duit sahaja.

2. Membeli rumah yang terlalu mahal.

Sebagai anak muda yang masih single pada zaman sekarang, memang agak sukar untuk membeli rumah atas nama sendiri kerana berpendapatan kecil kemudian terlalu banyak komitmen. Kemudian bercita-cita untuk membeli rumah yang mahal.

Sebagai contoh:

Anggaran kasar sekiranya gaji anda RM3000 sebulan, pihak bank akan melihat komitmen anda:

  • Hutang kereta (RM450)
  • Ptptn (RM200)
  • Kad kredit (RM150)

Bank akan membuat kira-kira:

[Jumlah komitmen (RM800)/Gaji bulanan (RM3000)] x 100 = 26%.

Dengan berpendatan RM3000 dan memiliki nisbah hutang kepada pendapatan(DSR) bawah 60%, anda layak untuk membeli rumah atau menambah hutang.

Namun, anda perlu berjumpa dengan pihak bank untuk membuat kiraan yang sebenar dan mengikut pendapatan anda.

3. Tiada agihan kewangan yang teratur.

Anda mempunyai simpanan, namun tidak pula ada agihan kewangan yang teratur. Yang utamanya adalah:

  • Dana kecemasan.
  • Simpanan 10% daripada gaji setiap bulan (RM300).
  • Simpanan gaji 3 bulan (RM9000).
  • Tiada wang untuk pelaburan setiap bulan (RM200).

Jika tiada agihan kewangan sebegini, bermaksud anda sebenarnya tidak mampu menampung diri sendiri, apatah lagi bakal isteri nanti.

4. Hidup hanya nak puaskan orang lain sahaja.

Anda juga hidup untuk puaskan hati orang lain sahaja, dan tidak fokus pada diri sendiri. Disebabkan mahu memuaskan hati pihak lain, anda sanggup membeli kereta dan rumah yang mahal hanya kerana daripada mulut mereka sahaja. Akan tetapi tidak mengikut kemampuan anda sendiri.

5. Perbelanjaan majlis kahwin yang terlalu mahal.

Kemudian, anda tiada langsung anggaran untuk majlis perkahwinan anda juga. Semuanya hanya pihak wanita sahaja yang membuat keputusan, kemudian anda sendiri merasakan….

“Eh kenapa mahal ni?”,

“Takpelah, sekali seumur hidup…”

Contoh barang kahwin yang mahal:

  • Membeli persalinan baju kahwin/nikah yang baru, tetapi sebenarnya anda boleh sewa sahaja.
  • Tidak membeli PAKEJ Perkahwinan, tetapi membeli secara ALA CARTE.
  • Tidak memberi peluang untuk membuat DIY.
  • Catering yang mahal.

Perancangan kewangan perlu bermula sebelum anda berkahwin lagi, supaya tidak kecundang untuk mengatur kehidupan selepas berkahwin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen