Tanda-Tanda Anda Memiliki Teman Wanita Yang High Maintenance.

 

Memiliki pasangan yang ‘mahal’ atau high maintenance ini adalah terpulang kepada individu. Namun, apa yang terjadi pada masa kini, memiliki pasangan yang ‘mahal’ sehingga menjadikan diri sendiri Biar Papa Asal Bergaya. Tidak kisah dengan mulut masyarakat, akan tetapi lama-kelamaan berasa sedikit menyesal kerana terlalu mengikutkan kehendak pasangan.

Jika masih di awal percintaan dan belum lagi mengikatkan tali pernikahan, inilah tanda-tandanya anda perlu bekerja keras untuk menjadi ‘kaya’ kepada pasangan, supaya pasangan tidak merungut dan memaksa tunaikan permintaan seperti….

1. Mahu kereta yang mahal.

Pasangan mahu kereta yang mahal bukan sahaja untuk keselesaan malah mahu ‘merasa’ pakai kereta berjenama.

Ketika muda lah mahu menggunakan semua barang yang berjenama, kerana takut menyesal di kemudian hari tidak menaiki kereta yang mahal. Lain pula pemikirannya.

Tidak kisah membayar ansuran yang mahal, asalkan dalam hidup dapat memiliki kereta yang mahal dan berjenama ini.

2. Mahu rumah sewa yang mewah.

Pasangan anda tidak pandang rumah sewa yang tiada swimming pool, gym dan pelbagai kemudahan.

Ini adalah penting untuk dirinya kerana lifestyle nya memang begitu. Mudah untuk melakukan aktiviti hanya di tempat yang privasi sahaja.

Tidak kisah membayar bulanan rumah sewa yang mahal, asalkan selesa. Yang penting lift/elevator sentiasa diperbaiki, tidak busuk dan selamat. Kalau boleh mahu yang ada access card juga.

3. Kad kredit yang banyak.

Pasangan anda juga mahu memiliki kad kredit yang banyak kerana tidak suka membawa wang tunai. Ini juga untuk memudahkan dirinya ketika kesempitan wang tunai. Hidupnya terlalu mudah hanya dengan swipe kad kredit sahaja walaupun di kedai makan.

Memiliki kad kredit ada baiknya sekiranya dapat menggunakan faedah atau point-point sebagai reward. TETAPI jika membayar ansuran secara konsisten dan membuat bayaran penuh. Kalau banyak kad kredit tetapi semuanya tiada bayaran penuh setiap bulan, tidak guna juga.

4. Terlalu banyak berhibur.

Bukan sahaja setiap minggu mahu berhibur, lepas pulang dari kerja juga mahu berhibur. Lepaskan stress katanya. Jika tidak melepaskan tekanan, nanti hidupnya seolah-olah tiada life.

Kemudian setiap bulan sahaja pasti mahu melancong kerana baginya penting untuk aktiviti sebegini.

Kemudian, setiap hari nak makan sedap dan restoran yang hipster dan mahal pula. Masak? Penat baru lepas balik kerja.

5. Simpan duit, tapi tak melabur.

Namun, dirinya tahu untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan cuma tiada keinginan untuk melabur apatah lagi untuk menggandakan wang.

Hanya simpan sahaja. Simpanannya pula bukan untuk kecemasan, akan tetapi untuk melancong, melancong dan melancong sahaja.

  • Tiada dana kecemasan.
  • Tiada simpanan 3 bulan daripada pendapatan.
  • Hanya simpan dalam akaun bank biasa sahaja.
  • Dah simpan, guna. Lepas simpan lagi, guna lagi. Jadi duit tidak bertambah.

Tak kisah nak high maintenance, tetapi fikirkan juga tentang masa hadapan. Kawal perbelanjaan, supaya selepas berkahwin tidak mudah terbeban dengan gaya hidup yang sudah menjadi kebiasaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen