7 Pergerakan Yang Membantu Hilangkan Keletihan Ketika Di Pejabat.

 

Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di pejabat, pasti ada yang tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman. Bukan hanya banyak menghabiskan masa di pejabat sahaja tetapi masa juga banyak habis di atas jalan raya menyebabkan ada sesetengah daripada kita ini tidak sempat untuk melakukan senaman.



Walaupun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukan sedikit senaman atau renggangan terutama jika kerja anda memerlukan anda untuk duduk lebih lama. Pasti anda akan rasa lenguh bahu dan belakang badan anda.

Jangan risau pergerakan ini tidak akan membuat anda perlu melakukan gerakan yang banyak malah anda juga boleh lakukannya di meja kerja anda.

1. Menggerakkan kepala.



Pergerakan ini adalah yang paling mudah, di mana anda hanya menggerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan. Anda juga boleh mengangkat kepala anda beberapa kali. Pergerakan seperti ini membantu untuk melegakan kesakitan dan ketegangan pada otot leher anda.

2. Naikkan kaki anda.



Walaupun anda terhalang dengan meja anda, pergerakan ini boleh dilakukan ketika duduk. Caranya adalah, duduk dengan kedudukan tegak kemudian angkat satu kaki lurus dan tahan beberapa saat kemudian letakkan kaki anda kembali seperti biasa. Lakukan yang sama pada kaki sebelah lagi. Pergerakkan ini membantu otot kaki anda lebih tenang dan tidak terlalu tegang pada masa yang sama.

3. Pergerakkan bahu.



Selain dari leher, bahu juga akan mengalami kesakitan apabila ana terlalu lama berdepan dengan computer. Untuk membuatkan anda sedikit tenang, apa kata anda lakukan sedikit renggangan pada bahu dan juga tangan anda. caranya adalah dengan meletakkan tangan kiri ke kanan dan ke belakang kemudian tarik pergelangan tangan dan hantar menggunakan tangan kanan anda. Tahan selama 15 saat dan lakukan sebaliknya. Kemudian, angkat dan bengkokkan tangan kanan anda dan tarik siku kanan anda dengan tangan kiri anda. Pegang selama 15 saat dan buat yang sama untuk yang lain.

4. Pusingkan badan anda.



Pastikan anda sedang duduk dalam keadaan tegak kemudai angkat salah satu kaki anda. Balikkan badan anda ke kanan dan kiri bergantian. Ini akan membantu anda mengecutkan otot abdomen.

5. Stretch arms.



Duduk terus di kerusi anda dan tutup jari tangan anda. Tarik tangan anda di hadapan anda. Kemudian, bawa tangan anda ke atas. Bukan sahaja anda meregang jari dan telapak tangan anda, pergerakan ini juga akan menjadikan bahu anda dan kembali lebih relax.

6. Tekan tubi di atas meja.



Berdiri beberapa langkah di depan meja anda dan letakkan telapak tangan anda di tepi meja. Beri jarak bahu seolah-olah anda mahu melakukan push-up biasa. Bawa dada anda ke tepi meja seperti melakukan push up . Anda boleh mengulangi gerakan ini 10-20 kali.

7. Luruskan belakang anda.



Perkara ini juga wajib anda lakukan jika duduk sepanjang hari di meja kerja. Duduk dalam keadaan tegak dan buka sedikit kaki anda. Pegang bahagian pinggang anda dengan kedua-dua tangan. Kemudian, meregangkan dada anda sambil mendonggak ke atas. Lakukan gerakan ini selama 10 saat. Kemudian kembali ke kedudukan asalnya dan ulang semula sehingga lima kali.

Selepas ini jangan malas untuk lakukan sedikit senaman pada tubuh badan anda. Reganggan yang sedikit membantu menghilangkan lesu pada tubuh anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen