Pasangan Suami Isteri Seharusnya Saling Memberi Kebahagiaan Dan Kekayaan.

 

Sebut sahaja tentang kaya, pasti majoriti dikalangan kita hanya memikirkan dengan mencari jodoh dari kalangan orang yang kaya dan berharta.

“Kau kalau nak hidup senang, carilah orang kaya…”

“Kau kena cari suami yang kaya, nanti baru boleh hidup bahagia…”

JANGAN MENGUKUR KEBAHAGIAAN MELALUI DUIT DAN HARTA SEMATA-MATA.

Mentaliti sebegini hanya membunuh tanggapan kita berkenaan dengan kebahagiaan kerana sering disogok bahawa kekayaan adalah penanda aras kebahagiaan seseorang. Padahal, kekayaan duit dan harta bukan kebahagiaan perkahwinan secara mutlak, akan tetapi bergantung cara pasangan suami isteri mengendalikan kewangan tersebut.

“Kaya je tak guna, kalau tiada simpanan..”

“Kaya je tak guna, kalau setiap hari lakukan pembaziran…”

Isteri jangan bergantung pada suami sahaja untuk mencari rezeki.

Malah, suami juga jangan bergantung pada isteri untuk melakukan simpanan.

Pasangan suami isteri yang bahagia adalah pasangan yang tahu untuk mencari rezeki dan kekayaan sama-sama.

Sebagaimana pada orang yang masih bujang, perlu persiapkan diri sendiri dengan harta supaya tidak susah di kemudian hari.

Sebagaimana orang masih bujang berkejar-kejar memperbaiki diri sendiri menjadi orang yang baik, kerana mahu jodoh yang soleh/solehah juga.

Begitu juga dalam kehidupan rumah tangga, bukan hanya menunggu sebelah pihak sahaja untuk menjadi kaya, tetapi SAMA-SAMA untuk menjadi kaya. Sama-sama mulakan dari diri sendiri, kemudian didorongkan dengan bantuan pasangan.

PASANGAN HARUS SALING MEMBERI KEKAYAAN SEPERTI…

  • Suami memberi nafkah, isteri gandakan duit tersebut.
  • Suami memberi duit tambahan, isteri membuat simpanan.
  • Suami membeli bahan masakan, isteri memasak untuk ahli keluarga, dan juga untuk sedekah.
  • Suami kata nak beli rumah baru, isteri tidak mengeluh dan sama-sama mencari ilmu.
  • Suami nak buat pelaburan, isteri berikan duit gandaan daripada nafkah yang diberi oleh suami setiap bulan.
  • Suami pening dengan perbelanjaan rumah, isteri membantu membuat matlamat kewangan dengan jelas.
  • Suami dapat bonus, isteri perlu belajar membeli emas.

APABILA SALING MEMBERI KEKAYAAN PADA KELUARGA, PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA PERLU SALING MEMBERI KEBAHAGIAAN DENGAN…

  • Isteri masak, suami tolong suapkan.
  • Isteri letih memasak, suami tolong basuhkan pinggan.
  • Isteri membasuh baju, suami tolong lipatkan baju.
  • Isteri jaga anak-anak, suami tolong kemaskan rumah.
  • Isteri sedang menyusukan anak, suami tolong picitkan bahu.
  • Isteri sedang sibuk dengan online business, suami tolong packing barang.

Dan sebagainya. Jika pasangan saling memberi dan menerima sama banyak, tidak hairan dalam perhubungan rumah tangga menjadi semakin bahagia dan ‘kaya’. Sentiasa dilimpahi dengan rezeki malah tidak putus-putus pula.

Dari mana datangnya rezeki?

Datangnya rezeki apabila kita menerima setiap pemberian-Nya dengan berlapang dada, dan mensyukuri nikmat dengan seikhlas hati. Malah, menjaga amanah Allah SWT dengan sebaik mungkin tanpa merungut terutamanya dalam menjaga jodoh/pasangan sehingga ke penghujungnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen