"Kalau Tak Nak Dengar Kata Doktor, Cuba Dengar Kata Mufti" Dr. Izzar Kongsi Kisah Ibu Bersalin Di Rumah Tetapi Doula Hilangkan Diri.

 

Anak adalah anugeah yang tidak ternilai. Bahkan tidak semua orang bernasib baik untuk memiliki anak malah untuk melahirkan anda. Jadi jika anda sudah diberikan rezeki malah kepercayaan untuk menjaga anak tersebut, janganlah mempersiakannya. Bukan itu sahaja, jangan sesekali perjudian nyawa anak yang masih tidak kenal dunia itu lagi.

Isu doula ini sememangnya satu topik yang teramat hangat, sehinggakan perbincangan mengenai isu ini tidak pernah habisnya. Menurut DONA international, definisi doula ialah seorang yang dilatih (dalam bidang perbidanan) untuk memberi SOKONGAN EMOSI, FIZIKAL, dan PENDIDIKAN kepada ibu-ibu yang mengandung, nak bersalin, dan setelah bersalin.

Diluar negara, ramai doula mempunyai latar belakang perubatan, tetapi malangnya di Malaysia pula ramai yang sebaliknya. Tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan asas dalam bidang perubatan apetah lagi tentang kelahiran. Kelas yang mereka pergi juga adalah terlalu ringkas dan basic (21jam) untuk diangap sebagai panduan berkenaan ilmu kelahiran.

Pasti kebanyakan ahli-ahli perubatan telah menasihati ibu-ibu yang mahu melahirkan anak ini agar pergi mendapat rujukan yang betul dan bukannya dengan mereka yang tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan asas dalam bidang tersebut. Tidak ketinggalan juga Dr. Izzar Anwari, suami kepala pelakon cantik molek kita, Ummi Nazeera ini menyuarakan pandangan dan luahan mengenai isu ini.



Doula ialah seorang yang dilatih (dalam bidang perbidanan) untuk memberi sokongan emosi, fizikal, dan pendidikan kepada ibu-ibu yang mengandung, nak bersalin, dan setelah bersalin, bukannya memberi sokongan klinikal seperti nasihat-nasihat perubatan yang di luar bidang tugas depa.



Saya pernah jumpa 2 kes semasa kerja di hospital. Satu kes ibu muda ni beranak sendiri kat rumah bersama doula. Tapi disebabkan teknik beranak tak betul, perineum dia koyak gred 3. Teruk tu maksudnya. So siapa yang jahit? Of course bukan doula tersebut yang kelibatnya tak muncul di hospital pun.

Satu lagi kes di mana anak dah deliver elok dah kat rumah. Tapi, placenta (uri) masih kat dalam rahim. Nasib baik datang hospital cepat. Kalau tak retained placenta ni boleh menyebabkan pendarahan berlebihan yg dipanggil Postpartum Haemorrhage (PPH) dan juga jangkitan kuman yang boleh membawa kepada kematian. Doula pun yilek. Amboi amboi amboiii…

Tuan-tuan dan puan-puan, seperti orang cakap, anak itu rezeki dan anugerah. Kenapa nak cari padah? Saya sebenarnya kecewa kat kedua parents anak ni. Bertanggungjawab la ye nak ada anak tu. Cari ilmu dari orang yang dalam bidang tersebut. Jangan ikut testimoni etc.



Jangan takut kat nurse hospital tu, depa memang cengey sikit. Saya pun selalu kena marah dulu dengan diorang. Diorang marah sebab sayang. Sayang kat NYAWA anak dalam kandungan tu. Kalau masa bersalin baby keluar lambat a few seconds pun macam-macam komplikasi. Sebab tu nurse-nurse kat labour room tu sangat strict. Nyawa baby oii...

Rata-rata depa berpengalaman jadi nurse kat labour room tu dah 5-10 tahun. Bukan belajar online ye. Saya doakan yang terbaik untuk semua.

Kalau taknak dengar cakap kami doktor, sekurang-kurangnya dengarla cakap mufti Wilayah Persekutuan yang saya post sekali ni. Yela, doktor kan ejen yahudi, CTG n vaksin tu kan agenda iluminati. Tapi ni mufti kot. Dengarlah please.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,477 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen