Habiskan Hujung Minggu Dengan 5 Aktiviti Yang Menyenangkan Anak-anak anda.

 

Apabila tiba hujung minggu sahaja, pasti anda merasakan ia adalah hari malas dan hari anda berehat sebanyak mungkin. Tapi jika anda sudah memiliki keluarga dan juga anak-anak yang sentiasa dahagkan perhatian, jangan terkejut sekiranya waktu hujung minggu anda diganggu.

Pada hujung minggu ini adalah masa yang sesuai untuk anda menghabiskan banyak masa bersama anak-anak anda. Mana tidaknya, selain kedua-duanya mempunyai banyak masa terluang, kalian juga boleh melakukan pelbagai aktiviti dari pagi hingga ke malam, dan yang seronoknya kalian boleh rehat bersama juga.

Ketika ini jangan terlalu sibuk dengan telefon bimbit atau memberi anak anda gadget agar dirinya tidak mengganggu anda. Masa inilah anda perlu lakukan bonding bersama agar lebih erat dan mesra antara satu sama lain. Antara aktiviti hujung minggu nampak murah tapi mahal kesannya.



1. Habiskan masa masak bersama.



Tidak kiralah anak lelaki ataupun perempuan, lakukan aktiviti yang menyeronokan ini dengan menyediakan hidangan tengah hari bersama. Haa, pasti menyeronokan. Di sini anda dan anda boleh saliang berkongsi, serta berbual antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, anak anda juga boleh turut belajar memasak bersama anda. Ini yang menyeronokan sebenarnya.

2. Beriadah bersama.



Apabila tiba waktu petang, ini adalah masa yang sesuai untuk kalian lakukan sedikit senaman, berjalan atau berjogging di taman. Apa yang seronoknya, jika pada waktu berkerja anda atau pasangan sahaja yang menemani anak anda, kini mereka ini ditemani oleh ibu bapanya. Pasti itu adalah satu keseronokan buatnya. Ini kerana mereka rasa lebih perhatian ketika bersama ibu bapanya.

3. Berkongsi lakukan tugasan rumah.



Ketika di awal pagi, anda boleh mengajak anak anda untuk berkongsi mengemas rumah. Mana tidaknya, langkah ini juga boleh mengeratkan hubungan kalian. Jika anda seorang isteri dan ibu, pasti penat jika anda melakukannya sendiri. Jadi adalah lebih baik jika anda berkongsi tugas ini kerana ia dapat meringankan beban anda. Jangan lupa untuk mengajak ayahnya sekali.

4. Teman anak lakukan homework.



Apabila tiba waktu magrib dan solat bersama, ia pasti adalah waktu untuk anak-anak anda melakukan homework mereka atau mengulang kaji pelajarannya. Di sini, anda boleh sama-sama menemani mereka dan membantu menyelesaikan tugas mereka. Hubungan anda dengan anak akan lebih erat jika sentiasa bersama.

5. Tonton televisyen bersama-sama.



Setelah selesai tugasa, dan makan malam, apa kata anda tonton televisyen bersama-sama anak-anak anda. Tidak perlu mengambil masa yang lama, cukup sekadar satu jam pasti ia sesuatu yang menyeronokan buat anak anda. Pada ketika ini, akan lebih meriah jika kalian saling bergurau antara satu sama lain.

Mungkin ia kelihatan begitu mudah dan ringkas, tetapi jika anda penuhi hujung minggu anda dengan perkara ini, ia pasti kelihatan begitu sekejap berlalu dan sangat menyeronokkan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen