Nak Didik Anak Lelaki, Perlu Dimulakan Daripada Bapa Dahulu Dengan Memberi 8 Nasihat Ini.

 

Dalam mendidik anak lelaki, kehadiran seorang bapa amat penting dalam hidup mereka. Ini kerana kehadiran seorang bapa sebenarnya mampu memberi impak yang besar dalam institusi kekeluargaan. Bukan sahaja pada anak perempuan, malah pada anak lelaki juga. Seorang bapa perlu memberi contoh dan pengaruh yang baik pada anak-anak kerana ianya adalah tugas sebagai seorang pemimpin.

Maka, jadilah seorang bapa yang baik dan hebat pada anak lelaki dengan memberi nasihat berpandukan Surah Luqman, antaranya…

1. Ingat! Jangan menyekutukan Allah.

Untuk mendidik anak-anak perlulah dimulakan dengan siapa penciptanya. Di sini anak-anak akan tahu untuk tidak menyekutukan Allah SWT dan hanya Dia yang layak di sembah. Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar" (Ayat 13)

2. Ingat Solat.

Sebagai pemimpin keluarga juga, perlu sentiasa mengajak dan mengingatkan anak lelaki tentang solat kerana ia adalah tiang agama. Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.” (Ayat 17)

3. Sentiasa sabar menghadapi ujian.

Didiklah anak lelaki untuk menjadi kuat ketika hadapi dugaan, berdikari berdiri di atas kaki sendiri untuk selesaikan setiap masalah, sebagaimana Allah SWT berfirman:

“….dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.” (Ayat 17)

4. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa.

Nasihat lah anak lelaki untuk mengutamakan kedua ibu bapa walau apa jua yang terjadi, dan sentiasa lakukan kebaikan sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Ayat 14)

5. Sentiasa menjaga tutur kata.

Sebagai seorang anak lelaki bukanlah tiket untuk sentiasa berkata-kata kasar, makian atau carutan kerana ia juga adalah salah satu punca menyebabkan satu keturunan gemar berkata-kata sebegini. Mulakanlah daripada seorang ketua keluarga untuk menjaga tutur kata dengan firman Allah SWT ini:

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Ayat 19)

6. Ingat! Jangan Berhutang.

Seorang bapa juga perlu mendidik anak-anak tentang kewangan sejak dari kecil lagi, supaya tidak terjebak dengan hutang dunia.

“Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.” (Lukman Al-Hakim)

7. Ingat! Jangan berbohong.

Selain menjaga tutur kata, anak lelaki juga perlu dididik untuk tidak berbohong supaya sentiasa berkata-kata benar dalam apa jua situasi. Malahan, takut jika dengan berbohong akan membuat diri menjadi lebih angkuh dan riak berhadapan dengan orang ramai.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Ayat 18)

8. Sentiasa ingat mati.

Dalam meniti kehidupan, apabila berlandaskan Al-Qur’an, didik juga anak-anak untuk sentiasa ingat pada mati, di samping tidak menyekutukan Allah SWT. Ini kerana untuk mendidik mereka takut melakukan dosa, dan tidak jatuh di dalam kancah maksiat kelak.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen