Minta Doktor Rahsiakan Jantina Anak Katiga, Nabil Mahukan Kejutan.

 

Menanti kehadiran cahaya mata pastinya saat mendebarkan buat semua ibu bapa. Walaupun sudah memiliki pengalaman sebelum ini, kelahiran kali ini pasti masih lagi mendebarkan buat mereka.

Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad kini sedang berdebar menanti kelahiran cahaya mata yang ketiga, apabila isterinya Zira Ayub disahkan hamil.



Beliau yang sudah memiliki dua cahaya mata perempuan pastinya mengidamkan cahaya mata lelaki untuk anak mereka yang ketiga ini.

Jelasnya, dia sangat berdebar menanti kelahiran anak ketiga ini kerana dia dan isteri masih belum mengetahui jantina bayi yang bakal lahir itu.



Mahukan kejutan, Nabil sengaja meminta agar doktor merahsiakan jantina anak dalam kandungan isterinya dan meletakan harapan tinggi agar bayi yang dikandung adalah lelaki.

Dikhabarkan, kandungan berada dalam keadaan sihat malah isterinya juga tidak mengalami sebarang alahan sepajang kehamilan yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Saya kena kerja kuat lagi ni, anak bertambah.”

Setiap anak adalah rezeki, Nabil mengakui dengan pertambahan anak dia perlu berusaha dan bekerja dengan lebih keras lagi untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Apabila disoal mengenai perancangan keluarga, Nabil berhasrat untuk memilik empat orang cahaya mata. Semoga segala yang diidamkan itu menjadi kenyataan dan dipermudahkan urusan isterinya bersalin.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen