"Ibu Ayah Pun Tidak Menghormati Guru-Guru, Macam Mana Anak-Anak Nak Ikut..."

 

Tugas seorang guru adalah memberikan didikan dan menyampaikan ilmu yang sewajarnya kepada anak-anak muridnya. Guru sentiasa mahukan anak-anak didiknya itu menjadi seorang insan yang berguna pada negara dan ibu bapanya.

Jasa mereka ini sangat besar dan tidak ternilai harganya. Sebab itulah mereka ini perlu dihormati tidak kiralah sama ada di sekolah mahupun di luar waktu persekolahan.

Sebagai seorang ibu bapa, kita telah memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak kita agar menjadi insan yang berilmu. Maka dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak agar lebih menghormati dan beradap dengan guru.

Namun apa yang menyedihkan adalah, ada di kalangan ibu bapa ini kurang menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak mereka dalam menghormati guru. Bahkan ibu bapa sendiri juga tidak menghormati guru tersebut.

Berikutan kekesalan seperti ini, Cikgu Mohd Fadli Salleh telah berkongsi pandangannya menerusi laman Facebooknya.



Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?

Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka.

Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.

Ustaz/ustazah tu 'conteng' iqra' muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga.

Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah. Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul.



Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.

Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan 'frame'kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu.

Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.



"Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.

Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan."

Aku pernah terbaca satu kisah tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan muridnya.

Ada aku simpan dalam nota kat telefon aku ni. Nah aku salin semula di sini. Baca dan hayatilah.


PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU

-------------------------------------------------------------

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.

Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. Lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.

Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.

Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.

Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. Setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Dia akan makan separuh sahaja.

Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya. Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi.

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja.

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik.

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.

Saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama'.

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..

Kalau begitu ambillah anakmu.

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang, bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.

Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul. Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.

"Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya.

Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu."

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.

" Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.

ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU maka anak yang menjadi mangsa."

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.

Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan guru nya?

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu.

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita.

Aamiin.
*************
Baca biar hadam. Renung dalam-dalam.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen