4 Jenis Lelaki & 4 Cara Mereka Meluahkan Perasaan Suka.

 

"Ada suatu cerita, mamat ni ada minat sorang awek. Minat gitu-gitu je. Diorang berkenal-kenalan kemudian berkawan selama berbulan-bulan. Adelah nak dekat setahun kawan. Tapi mamat ni tak cakap pun kat gadis tu pasal dia minat budak tu. Main sorong papan tarik papan lah diorang selama berbulan-bulan. Perasaan suka dipendam. Masalahnya diorang ni, dua-dua tak pernah jumpa. Sorang kerja kat negeri sini, sorang kat negeri sana. Adeh. Masing-masing pun sibuk dengan kerjaya sendiri. Sekali sekala tu adalah call tanya khabar kongsi cerita. Tak pun online sama-sama. Aku cakap kat kawan aku ni, kalau minat bagitau jelah dia. Takde hal punya. Kalau kena reject tu, normal la. Hidup memang macam tu. Tapi dia tak nak dengar. Dia nak tunggu keluar dating dulu baru berani nak proceed kalau ada apa-apa. Keadaan ini berlarutan sampai dua tahun. Mamat tu single selama dua tahun tapi awek tu dah 2 kali tukar boyfriend. erk. Memang makan hati la kawan aku tu. Tapi diorang still contact macam biasa. Best friend. Bila si gadis break up, hah.. kawan aku ni la tempat dia mengadu. Steady habis mamat nih. Dalam bengkak hati menahan perasaan tu, dia boleh maintain lagi. fuhh. Kalo aku boleh jadi gila kot. Keadaan berubah bila kawan si perempuan ni terjadi mak joyah pecah rahsia gadis pujaan hati kawan aku ni. Dia boleh bagitau yang gadis tu pun minat dia. Sepantas kilat kawan aku ni terus contact awek tu dan gitau yang dia minat awek tu. Sekarang diorang dah kawin, on the way nak dapat anak sorang"

Jika cakap awal-awal dan terus terang minat pada si gadis, tidak akan ada masalah makan hati. Sekiranya diterima, korang akan cepat bahagia. Jika direject, hati korang akan terluka sekejap tetapi masa korang takkan terbuang terlalu lama untuk berusaha dan fokus mencari yang lain pula. 



4 Jenis Lelaki dan 4 Cara Mereka Meluahkan Perasaan Suka:

1. Lelaki jenis yang paling normal:

Dia akan ajak perempuan tu keluar dulu, first date, second date dan seterusnya. Lepas tu barulah nampak dua-dua suka sama suka ke tak.

2. Lelaki jenis yang selamba gaban:

Memang dia selamba jer mengaku dia suka kat perempuan tu. Tapi style selamba gaban ni pun tak efektif kalau baru kenal sehari dua dah bantai cakap camtu. Kenal tak, apa tak nak main redah terus je. Relax dulu bro! Tak kenal maka tak cinta. Kalau dah 4-5 bulan kenal rapat, style selamba gaban macam ni adalah amat dialu-alukan.



3. Lelaki jenis lembap:

Cik-cik gadis kat luar tu kena tau, lelaki ni kebanyakannya lembab sikit kalau bab nak dapat signal si perempuan tu dah suka. Ada yang memang lembab. fuhh.. Sabar jelah. Biasanya perkara ni dapat dipercepatkan dengan bantuan orang ketiga, contohnya kawan baik korang. Seeloknya kawan baik korang ah, kalau kawan baik laki tu macam kurang sesuai lak. Senario biasa, si kawan baik terlepas cakap rahsia perempuan tu macam yang berlaku dalam cerita aku ni.

4. Lelaki jenis playboy:

Biasanya diorang ni lagi berani sikit dalam hal nak cakap dia suka kat skandal dia. ermm. Tak tau kenapa. Mungkin sebab ada title ‘skandal’ tu, ada thrill lebih sikit. Jadi diorang ni lebih berani. Timing pun cun je, tak terlalu lama kenal dan tak terlalu kejap. Ayat biasa, “Kalau I bukan dengan , I nak couple ngan you.” (contoh je ok..). Ha.. yang ni memang miang, kaum perempuan sila jaga-jaga. Lelaki macam ni bersepah, kadang-kadang nampak je baik tapi erm…

Bottom line is, lelaki kena lebih sensitif terhadap perempuan yang dia minat ni. Kadang-kadang sama-sama minat tapi dua-dua macam agak konservatif, malu atau pun takut direject. Perempuan pun biasanya ada signal-signal dia, tapi aku tak taulah sangat pasal signal-signal tu. Cuma itulah. Kalau suka cakap suka. Dah kenal, steady, everything okay then terus terang je. Tak mati pun.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,795 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen