Siapakah Penyelamat Perkahwinan Anda Semasa Hubungan Dilanda Masalah? Jom Baca.

 

Dalam rumah tangga yang dibina, pasti setiap pasangan akan dilanda masalah dan konflik yang sukar diselesaikan. Kerana setia masalah tersebut pasti akan diungkit seperti tiada ke penghujungnya. Berlakunya konflik baru, pasti ada sahaja isu yang mahu diungkitkan sehingga merasakan tiada sebab untuk mempertahankan perkahwinan tersebut.

Malah merasakan perkahwinan anda tidak perlu diselamatkan lagi.

Ramai dikalangan pasangan suami isteri akan bergantung pada kedua ibu bapa jika berlaku pergaduhan kerana menganggap mereka lebih berpengalaman. Mendapatkan nasihat daripada ibu bapa memang menggalakkan, namun jangan membuat mereka terlibat kerana rumah tangga ibu bapa anda berbeza dengan rumah tangga yang anda bina bersama pasangan.

Perlu ingat, setiap rumah tangga adalah berbeza.

Maka, penyelamat perkahwinan anda yang sebenarnya adalah…

1. Persekitaran yang baik.

Lihat disekeliling anda. Anda dikelilingi oleh orang-orang yang hebat? Orang-orang yang baik? Soleh dan solehah? Persekitaran anda adalah salah satu dorongan untuk anda masih kekal dalam perkahwinan atau pun tidak. Oleh sebab itu amat penting dalam kehidupan anda, untuk berkawan dengan rakan-rakan yang bukan batu api, malah tidak melontarkan kata-kata negatif.

Sudah sedia maklum, sebenarnya rumah tangga anda memang tidak elok diceritakan pada pihak ketiga, lebih-lebih lagi sekiranya insan tersebut bukan orang yang amanah pula.

Pengaruh persekitaran yang baik ini secara tidak langsung untuk mendorong anda bermuhasabah, berlapang dada dan mampu fikir solusi yang baik untuk perkahwinan sebenarnya.

2. Bahan bacaan yang positif.

Pada masa kini terlalu banyak bahan bacaan yang boleh anda peroleh, terutamanya di sosial media. Pentingnya bahan bacaan yang positif kerana ia adalah makanan untuk jiwa anda. Sekiranya terlalu banyak bahan bacaan yang negatif terutamanya berkenaan dengan perkahwinan seperti perceraian, suami kaki pukul, suami isteri curang, ianya secara tidak langsung akan mempengaruhi minda anda.

Bahan bacaan yang negatif ini akan membuat anda menjadi terlalu emosi sehingga terbawa-bawa ke rumah tangga sendiri, terutamanya pada golongan isteri. Bukan sahaja ada masalah emosi, masalah mental, tekanan dan seumpama dengannya akan terjadi

3. Diri sendiri.

Dan yang paling penting adalah dari diri sendiri sebenarnya.

Jika mempunyai persekitaran yang baik, bahan bacaan yang positif, sudah tentu anda dan pasangan mampu untuk menyelesaikan setiap masalah dan konflik.

Penting untuk anda dikelilingi oleh persekitaran yang baik dan bahan bacaan yang positif ini supaya dapat mendidik anda untuk menjadi golongan orang yang baik.

Di samping itu, bukannya pihak lain yang perlu selesaikan setiap masalah rumah tangga anda. Jika ada pihak ketiga yang teribat, pasti akan lebih mengeruhkan keadaan. Bukan dapat selesaikan masalah pun.

4. Kaunselor kekeluargaan.

Jika terlalu buntu sehingga mengusutkan kepala, malah hubungan semakin serabut dengan kehadiran orang ketiga yang menjadi batu api, jumpalah kaunselor. Kerana ia adalah salah satu penyelamat untuk perkahwinan anda ketika dilanda masalah. Berjumpa dengan orang yang pakar, mampu untuk anda menimba ilmu yang mungkin anda tidak pernah ketahui sebelum ini.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen