Lelaki Ini Kongsikan Tips, Jika Anak-Anak Kecil Takut Gelap.

 

Pernah atau tidak para ibu bapa mengalami situasi sebegini? Anak-anak kecil yang takut pada gelap untuk tidur pada waktu malam adalah disebabkan Night time anxiety. Namun, sekiranya ia masih berlaku pada orang dewasa, berkemungkinan mengalami masalah fobia iaitu Achluophobia dimana berasa sangat cemas sekiranya berada di tempat yang gelap.

Namun, jika ia terjadi pada anak kecil, jangan mengambil hal ini dengan mudah dan menganggap anak-anak masih mengada kerana pemikiran orang dewasa tidak sama dengan pemikiran anak-anak kecil yang takut gelap seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Mulakan 3 langkah ni jika nak bantu pulihkan "Nighttime Anxiety" anak.

1 - Ikut Rentak Anak.

Anak takut gelap? Ikut kan saja. Jangan tutup semua lampu. Boleh juga sediakan lampu tidur kecil sebelah katil anak. Masa nak tidur buka lampu tu. Minda dia tenang, nak tidur pun senang.

Perasaan negatif ni kita tak boleh provokasi berlebihan. Semakin diprovokasi rasa negatif tu jadi semakin parah. Makin merapu nanti imaginasi dia. Sebab itu tak boleh di tambah takut-takutkan anak dengan cerita seram, hantu bagai.

Bagi tukang cerita memang nampak kelakar lihat gelagat anak tu, tapi kesan jangka panjang dia sangat bahaya. Anak boleh kena masalah insomnia, tidur tak berkualiti, mudah bayang perkara yang bukan-bukan dan susah nak fokus.

Lebih baik banyakkan buat anak rasa tenang, selamat dan gembira sebelum tidur. Lama-lama nanti hilang rasa takut gelap tu. Yang penting kena banyak bersabar!

2 - Jadi Lebih Empati.

Perkara pertama yang anak mahu dari mak ayah bukan "solution" pada masalah dia tapi dia mahu mak ayah faham dan sentiasa ada di samping ketika diperlukan.

Jadilah mak ayah yang tinggi empati ( Empathic Parenting ). Empathic parenting bukan bermaksud bila nampak anak menangis je kita jadi kelam kabut. Terus beri je apa anak nak. Itu manja bukan empati!

Kita bukan nak manjakan anak tapi nak ajar anak supaya tak terlalu manja!

Mak ayah yang tinggi empati ni mesti boleh sama-sama rasa emosi anak ketika anak hadapi kesukaran.

Anak menangis sebab gelap, jangan memperlekehkan dia. Walaupun bagi kita nampak benda tu remeh, tapi buat-buat serius depan anak. Tunjuk dekat anak yang kita ambil serius kesukaran dia.

Lepas tu baru senang anak nak dengar cakap kita bila emosi antara kita dan anak berjaya dihubungkan ( Rapport ). Masa ni la kita nak jelaskan yang gelap tak bermaksud ada hantu.

3 - Bantu Anak Kenali Kekuatan Diri.

Kalau anak berjaya tidur dalam gelap raikan mereka.

"Wah, rania dah berjaya lawan rasa takut. Semalam tidur sorang-sorang tak nangis pun."

"Beraninya kakak tidur dalam gelap."

Kalau tak berjaya pun berikan kata-kata motivasi.

"Tak mengapa syg, esok kita cuba tidur dalam gelap ye"

"Malam ni papa teman adik tidur ye, nanti adik dah sedia adik boleh tidur sorang"

Tak kisah apa pun kesudahannya. Raikan anak kita. Bantu anak kenali kekuatan mereka. Ada anak berani buat apa sahaja tapi bila gelap dia takut. Puncanya sebab anak tak kenal kekuatan diri sendiri.

Anak yang hebat bukan "dilahirkan" oleh mak ayah yang hebat. Tapi anak yang hebat "dibesarkan" oleh mak ayah yang hebat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,310 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen