Bila Bergaduh Isteri Yang Selalu Mengalah, Suami Itu Sempurna Sangat Ke?

 

Dalam setiap pergaduhan di antara suami isteri, siapa yang akan merendahkan egonya terlebih dahulu? Adakah si suami atau si isteri? Setiap orang mempunyai egonya yang tersendiri, tetapi yang siapa yang berani untuk merendahkan ego demi hubungan yang telah terbina.

Cuba lihat dalam hubungan anda, setiap pergaduhan yang kecil siapa yang mahu mengalah? Mahu minta maaf?

Tidak semua silap dan salah itu berpunca dari suami dan tidak semua datang dari isteri. Tetapi sebagai suami isteri, kita perlu bijak untuk mengawal ego kita agar ia tidak memakan diri sendiri malah merosakkan hubungan yang terbina.



Walaupun kelihatan remeh perkara ini, tetapi akan menjadi masalah apabila anda berdepan dengannya. Sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini untuk suami-suami yang mementingkan ego mereka.

"Salah isteri, walau sekecil-kecil salah, kita perbesarkan...salah diri sendiri, walau sebesar-besar salah pun, kita buat tak nampak, buat tak tahu..."

Dalam rumahtangga, kenapa setiap kali bergaduh, setiap kali berbalah, isteri selalu yang kena mengalah...?

Nak kata ego, dua-dua ada ego, tapi kenapa isteri yang selalu turunakan egonya dulu lalu memilih untuk mengalah?

Kadang-kadang bagi seorang isteri, lebih baik dia mengalah, walaupun dia tak salah, sebab dengan mengalahlah dia tak kehilangan orang yang dia cinta, orang yang dia sayang....

Kita yang dah jadi suami ni ja yang tak sedar...

Yang kita tahu, kita selalu betul...teguran isteri tak nak dengar, nasihat isteri tak nak terima...

Isteri tu sapa nak tegur kita? Isteri tu sapa nak nasihat kita?

Kita ni suami, S.U.A.M.I...ketua keluarga, cukup-cukup sempurna dah, tak de cacat cela, langsung tak buat salah, langsung tak buat dosa...

Perfect!

Semua salah isteri... semua dia berdosa...

Hebat sangat ke kita ni tuan-tuan? Kita ni, kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata kita tak nampak tuan-tuan...Isteri cakap sikit, kita balas,

"Ah, kau tahu apa... aku tahu la apa aku buat"

Sombongnya kita, takabburnya kita...sampai isteri tak boleh nak kata apa langsung, tak boleh nak bersuara...itu tanda kita suami yang baik ke tuan-tuan?

Nanti kita sakit, siapa yang akan jaga kita? Jadi apa-apa dekat kita, siapa yang akan membesarkan anak-anak kita? Kita hilang upaya, cacat, tak bleh kerja, lumpuh, tak boleh bangun, siapa nak cuci kencing berak kita? Siapa nak suap kita makan? Siapa nak keluar bekerja sara kita? Cari duit untuk keluarga?

Tu perempuan yang selalu kita sakiti tu, yang selalu kita buat bagi menangis tu...isteri kita tu la...siapa lagi...

Time tu baru nak nangis? Nak bersyukur? Nak berterima kasih? Nak rasa menyesal? Itu pun kalau isteri masih ada lagi di sisi...kalau dia dah pergi, jaga la diri sendiri...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen