Lelaki Ingin Wanita Bijak, Tapi Bukan Tunjuk Pandai.

 

Okay, kalau semalam kita bercerita mengenai 6 sifat lelaki yang mampu cairkan hati wanita, hari ini kita nak bercakap mengenai sifat si “dream girl” pula. Sikap dan personaliti sama penting bagi seorang wanita memenangi hati lelaki. Wanita dengan sifat tertentu bukan sahaja mampu memikat Mr Right tetapi menjadi mahkota hati selama-lamanya.



1. Jaga karekter, jujur.

Kecantikan luaran berbeza dengan kecantikan dalaman. Jangan ingat lelaki hanya jatuh pada rupa paras anda. Untuk hidup bersama, karektor yang baik lebih penting.
Tunjukkan karektor semula jadi anda, tidak kisah ia kelebihan atau kekurangan, selagi ia “benar” lelaki suka pada kejujuran itu. Kalau ada kekurangan, sebaiknya betulkanlah. Lagipun, tiada siapa yang sempurna dan semua orang ada kelemahan.

2. Hormati pasangan anda, keluarga dan rakannya.

“Layan seseorang seperti mana anda mahu dilayani,” manteranya sama sahaja dalam hal ini. Bila bercakap pasal hormat, ia bukan sekadar “tunjuk hormat ” secara literal, tetapi membabitkan maruah diri. Ia termasuk aspek berpakaian, pertuturan, bahasa badan dan sebagainya.
Pada zaman media sosial, pastikan anda lebih berhati-hati agar tidak memalukan teman lelaki malah diri anda juga.



3. Tunjuk perhatian dan kasih sayang.

Kerana mahu terlalu menjaga privasi dan “ruang” masing-masing, anda lupa mengenai teman lelaki anda. Tak bolehlah macam tu. Lelaki sebenarnya mendambakan perhatian. Jadi, tunjuk kasih sayang sama ada buat panggilan telefon waktu makan, sesekali singgah pejabatnya belanja kopi, kalau sakit bawa ke klinik, tulis nota kecil mengenai cinta anda padanya, sesekali ajak si dia makan malam bersama keluarga atau rakan dengan beri perhatian tambahan kepadanya.

4. Bijak bertempat.

Wanita zaman ini sememangnya bijak pandai. Berpendidikan tinggi dan mempunyai tanggungjawab besar di tempat kerja, namun ia tidak cukup apabila bersama teman lelaki. Anda kena bijak menilai mood dan situasi si dia semasa menghampiri atau berkomunikasi dengannya. Dalam hubungan istimewa ini, kebijaksanaan datang dengan “sense”. Tak bolehlah tunjuk pandai sangat tetapi apa yang dimaksudkan ialah bijak menepati jangkaan si dia. Anda bijak, saya percaya anda boleh “handle this part”!



5. Berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Zaman ini bukan seperti dulu-dulu. Lelaki sekarang tertarik kepada wanita yang boleh mengendalikan diri sendiri, kerjaya dan keluarga, mungkin lebih lagi. Tunjukkan kualiti itu secara yakin. Taklah bermakna anda perlu jadi superwoman, cuma tidak mahu anda terlalu bergantung. Bagi lelaki zaman sekaran, keyakinan adalah seksi!

6. Bersederhana walaupun kualiti anda lebih daripada itu.

Anda ada semua kualiti di atas tetapi sangat merendah diri, andalah wanita yang dicari-cari. Memang sukar, namun itulah yang disukai lelaki zaman sekarang. Mereka mahu kita berdikari tetapi tidak selesa wanita mampu selesaikan semua masalah sendiri; mereka suka bila kita bijak tetapi ada rasa tergugat; mereka suka bila kita menghormati tetapi mengadu boring; mereka suka kita apabila disayangi tetapi bukanlah melekat 24 jam 7 hari; jadi pandai-pandailah kawal dan tunjuk kesederhanaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen