Macam Mana Nak Jadi Best Friend Pada Suami? Ikuti 5 Cara Ini.

 

Secara lahiriahnya, kaum lelaki adalah makhluk yang simple, tidak mudah berkias, rasional tetapi boleh merumitkan sekiranya ia berkenaan dengan cinta dan kaum wanita itu sendiri. Namun, lelaki bukan lah seorang yang merumitkan pada dasarnya. Jadi, sebenarnya mudah untuk menjadi best friend kepada suami.

Setelah berkahwin, bukan sahaja kehidupan pasangan sudah berubah 360 darjah, malah sahabat baik si isteri juga telah berubah kepada suaminya. Satu-satunya sahabat baik atau best friend yang isteri perlu utamakan dalam kehidupan. Bukan tidak boleh utamakan sahabat baik perempuannya yang lain, cuma suami ni sahabat baik yang terlalu istimewa.

Namun, untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami pasti mampu dilakukan, tetapi bagaimana mahu menjadi best friend suami pula? Jom ikuti 5 cara ini….

1. Gelak walaupun lawak yang hambar.

Masih ingat lagi bagaimana suami anda membuat lawak hambar pada awal perkenalan, semata-mata mahu melihat anda tersenyum?

Kebiasaannya, golongan wanita gagal untuk tergelak bersama pasangan apabila membuat lawak hambar setelah berkahwin kerana menganggap ia tidak kelakar, tiada motif pun nak gelak dan...

“Awak, ingat benda tu kelakar ke?”

Situasi sebegini secara tidak langsung memotong mood suami anda sahaja, kemudian apabila si suami moody, salahkan mereka pula. Padahal anda yang potong mood mereka dahulu.

Jadi, buatlah suami sentiasa tersenyum dan tertawa dengan bergelak bersama walaupun anda sudah mendengar lawak tersebut berulang kali. Jangan hanya harapkan suami sahaja yang perlu membuat anda tersenyum.

2. Isikan minyak petrol juga.

Biasa yang kita lihat, si isteri hanya duduk di dalam kereta dan menunggu suami isi minyak petrol. Cuba pula sekali-sekala anda volunteer untuk isikan minyak. Ataupun ketika suami membayar di kaunter, anda tolong isikan. Sama-sama bermuafakat orang kata. Barulah bahagia.

3. Ikuti hobi suami.

Selagi ia berlandaskan syariat dan keluarga tidak terabai, ikut sahaja apa yang suami gemar lakukan. Ataupun sekiranya suami gemar bercerita mengenai kereta atau bola, berikan reaksi yang anda juga benar-benar tertarik dengan cerita yang dikongsikan. Sekali-sekala lihat apa yang suami buat, dan tanya beberapa perkara.

Pasti suami akan teruja untuk cerita secara terperinci. Bagaimana anda dengan sahabat baik perempuan sebelum ini berkongsi apa jua cerita, lakukan juga begitu pada suami.

4. Jangan malu untuk memberi atau meminta pelukan/ciuman.

Kadang-kala si isteri malu untuk menjadi romantik, kerana hanya menganggap suami sahaja yang perlu menjadi romantik. Akan tetapi jika mahu hubungan yang bahagia, suami isteri perlu saling romantik antara satu sama lain, bukan sebelah pihak sahaja.

Sebagaimana anda selalu memeluk dan memberi pelukan pada sahabat baik anda sebelum ini ketika waktu sedih mahupun gembira, lakukan juga pada suami anda.

5. Jangan lupa jadi pendengar setia suami juga.

Jika isteri mahu suami menjadi pendengar yang setia, suami pun turut mahu dilayani sebegitu rupa. Sentiasa tanya khabar suami di pejabat, kemudian dengar luahan dan pendapat peribadinya. Jangan menyampuk di pertengahan cerita, angguk tanda anda faham.

Berikan reaksi setiap butir-butir kata yang keluar dari mulut suami. Pamerkan emosi seperti seronok, sedih, marah atau geram. Barulah suami seronok untuk bercerita, bukan menjadi pendiam dikala dilanda masalah seperti kebiasaannya.

Selamat Mencuba Dan Semoga Menjadi Best Friend Kepada Suami Selalu!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen