Anak-Anak Mudah Depresi Kerana Kurangnya EQ Daripada Ibu Bapa. Akibatnya Terjadi 3 Perkara Ini.

 

Sudah menjadi lumrah dalam mendidik anak-anak, ibu bapa akan memastikan anak-anak cemerlang dalam akedmik dan mampu mencapai markah yang tinggi dalam setiap ujian. Kepintaran minda anak-anak sememangnya perlu dititik beratkan, namun ibu bapa terlupa bahawa anak-anak juga perlu bijak dalam berkomunikasi, malah dalam mengawal emosi.

Ibu bapa jangan terlalu mementingkan IQ (Intelligence  Quotient) anak-anak, dan tidak seimbangkan dengan EQ (Emotional Quotient) dimana ia membantu anak-anak untuk kecerdasan emosi.

Oleh kerana itu keadaan sekarang yang kita sering lihat

“Orang berpelajaran, tapi tak berperikemanusiaan”

IQ tinggi, tapi EQ tiada..

1. Tiada kemahiran berkomunikasi.

Kebiasaannya, anak-anak yang cemerlang dengan ujian adalah seorang yang pendiam, sentiasa dengan buku 24/7 dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Malah menjadi takut dan panik apabila anak-anak mahu membuat presentation di depan kelas, apatah lagi dengan tangan yang berpeluh.

Jadi, tingkatkan kemahiran komunikasi anak-anak juga untuk elak mereka menjadi terlalu malu. Kemahiran ini amat penting supaya:

  • Mereka tahu untuk meluaskan jaring sosial/network.
  • Tidak kekok untuk berjumpa orang ramai.
  • Dapat hadapi temuduga dengan tenang.
  • Dapat membuat perniagaan tanpa rasa malu.
  • Dapat membuat perundingan.
  • Dapat berfikir dan bertindak di luar kotak.

Anak-anak yang pendiam juga kebanyakan daripada mereka akan menjadi mangsa buli, dan akan mula depresi.

2. Tiada kawalan emosi.

Antara sebab anak-anak zaman sekarang mudah depresi kerana tidak bijak mengawal emosinya sendiri. Ibu bapa yang terlalu pentingkan IQ anak-anak sehingga terlupa bahawa anak-anak juga mempunyai emosi.

Oleh kerana itu, anak-anak mula mengadu sikit-skit stress, sikit-sikit depresi.

Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai empati terhadap anak-anak, ia mendorong untuk anak-anak tidak dapat mengawal emosi dengan betul. Maka dengan adanya EQ, anak-anak tidak beremosi ketika melakukan kerja di kolej atau pejabat. Tidak meroyan post status berkenaan majikan di sosial media, dan seumpama dengannya.

Kesannya dalam jangka masa yang panjang, pasti kita tidak akan ketahui.

3. Tiada potensi untuk berjaya.

Apabila anak-anak dipentingkan dengan IQ secara seratus-peratus, minda mereka sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan kata-kata kedua ibu bapanya.

“Kalau tak dapat gred A, aku gagal…”

“Aku bukan pelajar yang terbaik…”

“Aku gagal jadi anak yang baik…”

Jadi, mereka sering menganggap bahawa diri mereka memang tiada langsung potensi untuk berjaya dalam hidup. EQ bukan sahaja memerlukan seseorang menyelami dan memahami perasaan insan lain, akan tetapi bijak menangani emosi sendiri juga supaya dapat bangkit setelah gagal. Secara tidak langsung, apabila tidakmengikut kemahuan ibu bapa ia akan mendorong anak-anak menjadi depresi.

Jadi, ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk berdepan dengan kegagalan, supaya mereka tahu untuk bangkit semula. Bukan biarkan mereka terkapai-kapai dengan menganggap menjadi anak yang tidak guna.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen