Antara Sikap Ibu Bapa Yang Suka Show Off Anak Di Sosial Media, Yang Patut Dihentikan.

 

Peredaran zaman pada masa kini telah menunjukkan majoriti dikalangan kita tidak ketinggalan dalam menggunakan sosial media. Menjadi lebih mudah apabila telefon bimbit yang sentiasa digenggam kemas 24/7 juga mempunyai pelbagai aplikasi yang mampu mengisi masa lapang. Tidak kira bermain game atau pun membaca pelbagai berita yang telah dihidangkan.

Namun sedemikian, perkembangan teknologi ini membuatkan ramai individu mahu berkongsi kisah hidup mereka termasuklah golongan ibu bapa. Disebabkan telefon bimbit berada disisi sentiasa, sudah pasti tidak mahu melepaskan momen-momen indah yang berlaku dalam hidup mereka sekeluarga.

Malah, berkongsi tentang anak-anak juga seperti sudah menjadi kebiasaan daripada bayi sehinggalah berumah tangga seperti…

1. Keputusan anak yang cemerlang.

Memiliki anak yang sentiasa cemerlang dalam akedemik adalah menjadi kebanggaan kedua ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak bangga, kan? Jadi, haruslah tunjuk kepada rakan-rakan di sosial media bahawa anaknya cemerlang dalam setiap keputusan peperiksaan. Tidak lupa juga untuk menunjuk transcript keputusan tersebut di sosial media.

Akhirnya situasi ini mengakibatkan para ibu bapa yang tidak memiliki anak-anak yang cemerlang, melempiaskan marah kepada anaknya dan mula membuat perbandingan.

Dimana keadaan ini tidak sihat dalam hubungan kekeluargaan dan anak-anak bukannya rasa tercabar untuk belajar lebih bersungguh, tetapi malu.

2. Anak bekerja dengan pangkat yang bagus.

Antara perkara yang boleh membuatkan para ibu bapa suka membandingkan anak-anak mereka adalah dengan kerjaya yang bagus. Ibu bapa terlalu bangga dengan kerjaya anaknya sehingga setiap hari nak post status tentang kerjaya tersebut. Berpangkat besar dan memiliki pendapatan yang tinggi sehingga menutup mata kedua ibu bapa tentang kerjaya yang kecil pun mampu membahagiakan sebenarnya.

Akibatnya, hati mula riak dan pandang rendah pada kerjaya orang lain.

3. Anak berkahwin dengan orang berharta.

Situasi yang sudah menjadi kebiasaan setiap tahun adalah apabila anak-anak dapat berkahwin dengan orang yang lebih berharta, terutamanya golongan wanita. Setiap hari tidak henti-henti bersyukur di sosial media kerana anak akhirnya dapat bertemu dengan orang kaya dan tidak lagi perlu bekerja mencari rezeki juga.

Akibatnya, orang hanya memandang kahwin dengan orang kaya sahaja dapat membahagiakan hidup. Padahal rezeki Allah SWT itu luas, dan siapalah kita mahu menidakkan rezeki-Nya.

4. Wedding of the year.

Teruja menunjuk wedding of the year anaknya sehinggakan terlupa bahawa kehidupan selepas perkahwinan itu yang lebih penting. Yang lalui bahtera mahligai tersebut adalah anak-anaknya bukan dirinya sebagai ibu bapa. Malah, apabila anak-anak mempunyai masalah mula mengungkit,

“Mak sponsor majlis kahwin je, kalau ada masalah rumah tangga selesai sendiri..”

Akibatnya, kehidupan anak-anak selepas berkahwin tidak menemui barakah kerana anak-anak tidak mampu berdikari untuk selesaikan hal peribadi dalam rumah tangga, dan khuatir menjadi anak derhaka.

“Masa kahwin nak tolong sponsor, tapi bila ada masalah macam ni pula…”

5. Anak mampu beri duit beribu-ribu setiap bulan.

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anak-anak masih ingat pada dirinya dan memberi wang belanja setiap bulan. Namun rezeki Allah boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

“Haritu anak aku dapat bonus, dia bagi aku banyak 2 ribu, sampai aku tak tau nak buat apa..”

Akibatnya, sebenarnya hati sentiasa tidak tenang kerana anak mampu memberi duit belanja yang banyak akan tetapi jarang pulang ke kampung halaman. Anak-anak hanya menganggap dengan duit belanja mampu membuat ibu bapa gembira, padahal TIDAK.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,047 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen