“Bila Anak Bertambah, Kasih Sayang Bukan Makin Berkurang Tetapi Makin Bertambah…”

 

Bila anak semakin ramai, maka masa agak terhad untuk meluangkan masa bersama mereka kerana kesibukan kerja dan juga sibuk menguruskan adik-adiknya yang lain. Maka anak yang paling besar akan mula rasa diabaikan dan kurang mendapat perhatian.

Berapa jumlah anak yang anda miliki itu tidak penting, tetapi masa yang bakal anda berikan kepada mereka itu adalah lebih penting. Jangan bila anak semakin ramai, anak membiarkan mereka untuk berdikari sendiri.

Berapa jam sehari diperlukan untuk bonding time Ibu-anak dan Ayah-anak?

Mari ikuti perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub, yang merupakan seorang ibu. Semoga perkongsiannya dapat dijadikan panduan ibu bapa di luar sana.



Ramai parent mengeluh disebabkan sibuk bekerja, anak sekolah pagi petang, kita beri alasan masa untuk bersama anak sering tak cukup.



"Hujung minggu je la dapat spend masa dengan anak-anak.."

Bukan kuantiti yang penting tetapi kualiti.

Walaupun anak ramai, pastikan ibu & ayah spend masa berdua dengan setiap anak.

Tak perlu masa yang lama tetapi cukuplah sekurang-kurangnya 5minit hanya berdua dengan anak pertama, 5 minit hanya berdua dengan anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Gunakan masa dengan berkualiti bertanyakan bagaimana hari anak lalui hari ni, apa yang dia rasa, apa yang anak makan, main apa hari ni, cikgu ajar apa, ada masalah tak dengan kawan-kawan dan sebagainya.



Banyakan mendengar cerita anak. Ini secara tidak langsung dapat build trust dan encourage anak bersifat terbuka dengan kita instead of pendam perasaan yang boleh menyebabkan kecelaruan atau gangguan perkembangan emosi anak.

Dengan cara begini, kita dapat berlaku 'adil' dan dapat mengisi tangki emosi anak secara 'adil' dan balance. Takde lebih pada anak kecil atau kurang pada anak yang dah besar.

Anak-anak akan rasa dihargai dan eksklusif.

Jangan pelik bila anak pertama asyik meragam, tantrum kononnya sindrom dapat adik baru. Itu adalah salah satu cara anak untuk tarik perhatian kita yang mungkin sudah beralih arah bila ada kehadiran orang baru.

Bila anak bertambah, bukan kasih sayang kita akan berkurang, tetapi makin bertambah.

Anak 2 orang tak bermakna kasih sayang kita menjadi 50%+50%, tetapi 100%+100% dan begitulah untuk anak seterusnya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,204 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen